Berita Harian

Lima terbunuh dua kenderaan bertembung

Perodua Alza dipercayai cuba memotong di garisan berkembar

- Oleh Ahmad Othman bhjb@bh.com.my Kota Tinggi

Lima maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-mersing berhampira­n Felcra Sungai Ara dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, pemandu Perodua Alza, Siti Nurullfarh­ah Md Shafi'i, 20, dan dua lagi penumpang iaitu bapanya, Md Shafi'i Kassim, 56, dan ibunya, Asnah Kassim, 54, maut di tempat kejadian akibat parah.

Turut maut, pemandu Proton Saga FLX, Sazumi Yahya, 55, dan anaknya, Nora Atiqah Sazumi, 13, manakala dua lagi penumpang kereta itu yang cedera, Yusniza Yusof, 45, dan Nora Alina Sazumi, 19, dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi dekat sini, untuk rawatan selanjutny­a.

Difahamkan, Perodua Alza yang dipandu Siti Nurullfarh­ah dalam perjalanan dari Kota Tinggi, menuju ke Felda Tenggaroh Timur 2, Mersing dekat sini manakala Proton Saga BLM dari Kuala Terengganu menuju ke Bandar Penawar, Desaru di sini.

Kakak Siti Nurullfarh­ah, Siti Nurulfahan­i, 24, berkata ketika kejadian beliau berada di tempat kerjanya di Johor Jaya, dekat sini sebelum menerima berita sedih yang menimpa bapa, ibu dan adik perempuann­ya.

pengecaman mayat

“Saya tidak dapat menahan sedih apabila diminta untuk membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi. Saya difahamkan mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Tenggaroh Timur 2 selepas selesai membeli barangan runcit di Kota Tinggi,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Rahmat Othman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala Mersing cuba memotong di garisan berkembar sebelum bertembung dengan Proton Saga FLX dari Terengganu.

“Akibat kemalangan itu, empat orang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah kepala dan badan, manakala Sazumi pula meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi akibat parah di kepala," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? Md Shafi'i Kassim
Md Shafi'i Kassim
 ??  ?? Asnah Kassim
Asnah Kassim
 ??  ?? Nura Atika Sazumi
Nura Atika Sazumi
 ??  ?? Siti Nurullfarh­ah Md Shafi'i
Siti Nurullfarh­ah Md Shafi'i
 ??  ?? Kenderaan mangsa yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-mersing berhampira­n FELCRA Sungai Ara, dekat Kota Tinggi, semalam.
Kenderaan mangsa yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 77, Jalan Kota Tinggi-mersing berhampira­n FELCRA Sungai Ara, dekat Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia