Berita Harian

Sabah bentang bajet lebihan RM3.784 bilion tahun depan

Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam negeri

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my ̌ Kota Kinabalu

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman semalam membentang­kan Bajet Negeri 2017 berjumlah RM3.784 bilion berbanding unjuran RM3.817 bilion kutipan hasil bagi tahun depan.

Ini bermakna, bajet negeri sekali lagi mencatat lebihan sebanyak RM32.83 juta pada tahun depan berbanding RM29.9 juta lebihan yang diunjurkan dalam bajet tahun ini.

Bajet bertemakan ‚Rakyat Dijiwai, Kemakmuran Dinikmati‘ itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak RM294.34 juta berbanding RM3.49 bilion yang diperuntuk­kan dalam bajet tahun ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, bajet RM3.784 bilion pada tahun depan merangkumi RM721 juta untuk emolumen, perbelanja­an berulang (RM1.244 bilion) dan perbelanja­an khas (RM1.818 bilion).

Katanya, bagi agihan mengikut kementeria­n, jumlah tertinggi sebanyak RM1.527 bilion diperuntuk­kan untuk perbelanja­an perbekalan Kementeria­n Kewangan, diikuti Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah RM676.97 juta.

Bagi perbelanja­an pembanguna­n, katanya, peruntukan tertinggi disediakan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur iaitu RM254.02 juta, diikuti Jabatan Ketua Menteri (RM189.25 juta).

Beliau berkata, hasil negeri diunjur meningkat 8.44 peratus berbanding kutipan hasil tahun ini yang dianggarka­n berjumlah RM3.52 bilion.

Hasil utama negeri

“Royalti petroleum kekal penyumbang utama hasil negeri tetapi tempias kejatuhan harga pasaran petroleum dunia memberi kesan negatif kepada hasil kerajaan daripada royalti petroleum bagi tahun ini.

“Senario ini menyebabka­n kutipan hasil royalti menurun RM112.2 juta atau 12.5 peratus kepada RM787.8 juta berbanding sasaran asal RM900 juta.

“Alhamdulil­lah, pada 2017 hasil royalti petroleum daripada PETRONAS dijangka meningkat 25 pera tus kepada RM985 juta berbanding tahun ini,“katanya ketika membentang­kan Bajet Negeri 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.

Musa turut mengumumka­n bantuan khas RM500 kepada kakitangan awam negeri dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) yang akan diberi serentak dalam bayaran gaji Januari 2017.

Turut diumumkan, kenaikan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam negeri daripada RM350,000 kepada RM500,000, peruntukan wakil rakyat ditambah kepada RM2 juta berbanding RM1 juta ketika ini, selain RM32 juta bantuan sekolah Cina dan mubaligh serta pertubuhan keagamaan bukan Islam.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Musa bersama tiga timbalanny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua dari kanan), Datuk Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebelum memulakan pembentang­an Bajet Negeri 2017 di Likas, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Musa bersama tiga timbalanny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua dari kanan), Datuk Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebelum memulakan pembentang­an Bajet Negeri 2017 di Likas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia