Berita Harian

Sajian seimbang pacu metabolism­e

Bekalan karbohidra­t mencukupi tingkat tenaga

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Cabaran getir menakluk puncak Gunung Kinabalu berakhir kecundang walaupun hanya berbaki beberapa ratus meter, semuanya gara-gara kekurangan stamina yang menyebabka­n sebilangan pendaki amatur ‘pancit’ mengibarka­n bendera putih lebih awal.

Dengan nafas tercungap-cungap ada di antara pendaki yang mengakui hampir pitam, gelap pandangan dan bersedia meminta untuk dipapah pulang.

Selain kurang bersenam, faktor pemakanan turut dipersalah­kan sebagai penyebab prestasi fizikal mereka kurang bersedia dan tidak cukup ‘fit’ untuk meneruskan aktiviti lasak seperti mendaki dan bersukan.

Diakui pemakanan seimbang mengikut keperluan setiap aktiviti penting dalam meningkatk­an metabolism­e badan dan memberi kelebihan ketara terhadap prestasi individu.

Memahami keperluan itu, jenama makanan terkemuka Malaysia Brahim’s memulakan kajian dua tahun bermula 2008 bagi memastikan bekalan nutrien untuk keperluan badan mencukupi bagi menampung aktiviti lasak.

Tenaga mencukupi

Pengurus Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) Dewina Food Industries Sdn Bhd, Ruzita Mat

Ali, berkata pengenalan pek nasi sedia dimakan Brahim’s membawa revolusi bekalan makanan pendaki yang sebelum ini bergantung hanya kepada mee segera dan makanan dalam tin.

Katanya, memahami keperluan nutrisi itu, pasukan R&D menghasilk­an pek nasi mampu memberikan tenaga antara 400 hingga 500 kalori atau 25 peratus daripada jumlah keperluan orang dewasa untuk sehari.

“Satu pek menggantik­an hidangan sama ada sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ini memberikan alternatif kepada protein, karbohidra­t dan lemak yang diperlukan tubuh.

“Hasilnya pek nasi sedia dimakan Brahim kini popular dalam kalangan pengembara, pendaki dan pelancong.

“Semua nutrisi diadun serasi dalam satu pek nasi dengan pelbagai perisa termasuk kandungan daging dan sayur supaya memenuhi cita rasa berbeza serta nutrien mencukupi untuk keperluan badan berbulan lamanya,” katanya ketika ditemui di Bangi, baru-baru ini.

Nikmati secara terus

Teknologi makanan sedia dimakan tercetus selepas penemuan teknologi retort oleh tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan untuk steril makanan yang sudah dimasak di dalam pek supaya tahan lama sebagai bekalan askar dan angkasawan NASA.

Pek nasi sedia dimakan ini menjadi pilihan ramai, boleh dinikmati secara terus atau memanaskan dalam pek sama ada menggunaka­n air panas atau ketuhar gelombang.

Semua nutrisi diadun serasi dalam satu pek nasi dengan pelbagai perisa termasuk kandungan daging dan sayursupay­a memenuhi cita rasa berbeza serta nutrien mencukupi untuk keperluan badan berbulan lamanya Ruzita Mat Ali, Pengurus Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) Dewina Food Industries Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Barisan pek nasi sedia dimakan Brahim's di kilangkan ikut piawaian UK.
Barisan pek nasi sedia dimakan Brahim's di kilangkan ikut piawaian UK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia