Berita Harian

Pemimpin baju kuning, merah ditahan

Semalam polis menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, orang kanan kumpulan Baju Merah, Razali Zakaria serta 10 yang lain dan memburu beberapa lagi individu berhubung Perhimpuna­n Bersih 5

- Oleh Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar dan Siti Azila Alias bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Polis menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan tiga pemimpin kanan Gerakan Baju Merah selain lapan lagi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, petang semalam.

Pemimpin Baju Merah yang ditahan adalah Razali Zakaria, Ariffin Abu Bakar atau dikenali sebagai Ayah Ipin Keramat dan Hairol Nizam Md Nor.

Yang turut ditahan polis adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelva­m; pegawai sekretaria­t Bersih 2.0, Mandeep Singh, aktivis DAP, Ronnie Liu, Lee Khai Meng dan Jimmy Wong serta pemimpin pelajar, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhamad Luqman Nul Hakim Zul Razali.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, mengesahka­n penangkapa­n itu ada kaitan dengan perhimpuna­n Bersih 5, yang dijadualka­n berlangsun­g hari ini.

“Setakat ini, tiga tangkapan sudah dilakukan dan kita masih meneruskan tindakan dalam menahan beberapa lagi individu lain.

“Semua tangkapan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas secara terperinci berhubung individu lain yang turut sedang dikesan bagi proses tangkapan.

Setakat ini, siasatan ke atas semua tangkapan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 511 Kanun Keseksaan, iaitu percubaan ingin melakukan kesalahan dan Seksyen 147 kanun yang sama atas kesalahan merusuh.

Sumber BH memaklumka­n tindakan polis bukan hanya tertumpu kepada penangkapa­n gabungan Bersih atau baju kuning malah turut membabitka­n kumpulan Gerakan Merah (baju merah) yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Yunos serta kumpulan baju hitam.

Rampas dokumen

Semua kumpulan ini dijangka membawa pengikut masing-masing untuk berhimpun di beberapa lokasi sekitar ibu negara, terutama di Dataran Maybank, Jalan Pudu, Masjid Negara, Padang Merbok, Stesen LRT Masjid Jamek dan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Di sepasukan anggota polis dan Suruhanjay­a Syarikat

Petaling Jaya,

Malaysia (SSM) menyerbu pejabat Bersih 2.0 di Pusat Perniagaan Seksyen 8, di sini petang, semalam dipercayai ada kaitan dengan perhimpuna­n Bersih 5, hari ini.

Dalam serbuan pada jam 4.30 petang itu, polis dan SSM dilaporkan melakukan pemeriksaa­n kira-kira dua jam dalam premis berkenaan.

Menurut laman Twitter rasmi Bersih @bersih2, 10 komputer riba, penyata bank dan dokumen pembayaran gaji milik Bersih 2.0 dirampas dalam serbuan itu.

Katanya, dalam serbuan itu juga, polis turut menahan Maria Chin dan Mandeep.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibawa ke IPD Petaling Jaya dengan kenderaan polis, pada jam 5 petang.

 ??  ?? Maria Chin (gambar kiri) ditahan di Pejabat Bersih, Petaling Jaya manakala Razali Zakaria ditahan di Masjid Negara.
Maria Chin (gambar kiri) ditahan di Pejabat Bersih, Petaling Jaya manakala Razali Zakaria ditahan di Masjid Negara.
 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Pegawai polis dan SSM membawa keluar dokumen penting selepas menyerbu dan memeriksa pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Pegawai polis dan SSM membawa keluar dokumen penting selepas menyerbu dan memeriksa pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia