Berita Harian

Gaun Marilyn Monroe dilelong RM21 juta

-

Gaun milik mendiang aktres Marilyn Monroe yang pernah dipakai ketika sambutan hari lahir Presiden John F Kennedy yang ke-45, dilelong mencecah AS$4.8 juta (RM21 juta), semalam.

Hasil lelongan gaun berwarna kulit yang dihiasi 2,500 kristal jahitan tangan pada mulanya dijangka mencecah antara AS$2 juta (RM8.8 juta) hingga AS$3 juta (RM13.2 juta), kata Julien Auction di Beverly Hills.

Ia kini menjadi milik Ripley Believe It or Not!, sebuah empayar media Amerika yang pakar dalam perkara pelik dan sejarah yang memiliki rangkaian muzium, termasuk di Hollywood.

Gaun yang dipakai Monroe itu terlalu ketat sehingga pelakon legenda itu tidak memakai pakaian dalam dan terpaksa dijahit di saat-saat akhir sebelum melangkah ke pentas di Madison Square Garden pada 1962 untuk menyanyi lagu bersejarah

buat JFK, menurut rumah lelongan itu.

Beli pada 1999

Monroe meninggal dunia akibat pengambila­n dadah berlebihan kurang tiga bulan selepas persembaha­n itu, manakala Kennedy dibunuh setahun selepas itu.

Barangan peribadi lain milik Monroe yang turut dilelong termasuk gaun koktel ‘Some Like It Hot’ yang dijual dengan harga AS$450,000, (RM1.9 juta) dan gaun ‘Rose Tattoo’ dengan harga AS$125,000 (RM551,000).

Mendiang Martin Zweig yang juga pengurus dana artis itu membeli pakaian berkenaan pada 1999 ketika lelongan Christie, menurut Julien Auctions.

Zweig yang melihat pakaian itu sebagai satu pelaburan difahamkan menyimpann­ya dalam satu kotak simpanan kawalan suhu yang dipasang pada sebuah patung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia