Lapan resolusi dicapai dalam Konvensyen Integriti Nasional
Pelaksanaan instrumen psikometrik diguna bagi menilai profil integriti individu sebagai tapisan dalam proses pelantikan pegawai baharu di sektor awam
Pemimpin politik disaran memberi fokus kepada penggubalan dasar dan undang-undang bagi mengurangkan campur tangan dalam perkhidmatan awam
Disyorkan pelaksanaan proses pengesahan terhadap semua laporan pengisytiharan harta yang meragukan dalam kalangan penjawat awam Memupuk minat mendalam terhadap kerja dan pematuhan etika melalui latihan berterusan bagi meningkatkan kompetensi perkhidmatan awam Mempertingkatkan jalinan
kerjasama strategik dengan pihak media bagi menjalin persefahaman lebih kukuh untuk memperkasakan
imej perkhidmatan awam Menyarankan supaya latihan praperkhidmatan untuk jawatan berisiko tinggi dilaksanakan bagi membolehkan pemantauan dan penilaian rapi dibuat sebelum dilantik dalam perkhidmatan