Berita Harian

BNM tegas urus niaga ringgit dalam NDF

Aktiviti luar pesisir import ketidakten­tuan pasaran, pengaruhi harga mata wang tempatan

-

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan bertolak ansur lagi dengan urus niaga ringgit dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) dan pengaruhny­a ke atas penetapan harga mata wang tempatan dalam negara, kata Gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, aktiviti dalam pasaran luar pesisir, terutamany­a pasaran NDF ringgit membawa kesan kepada pasaran dalam negara.

“Kesan ketidakten­tuan pasaran NDF jelas dalam pasaran dalam negara dan beberapa peniaga pertukaran asing (FX) dalam pasaran domestik didapati melihat ke arah pasaran NDF untuk memberi petunjuk menentukan pembukaan harga pasaran bagi ringgit.

“Kesan perilaku menyebabka­n kita secara tidak sengaja mengimport ketidakten­tuan NDF ke dalam pasaran dalam negara,” katanya berucap pada majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pasaran Kewangan di sini, malam kelmarin.

Pasaran luar pesisir didorong minat spekulatif, kekurangan pelbagai spektrum peserta pasaran dan maklumat pasaran dalam negara.

Asas sokongan

Muhammad berkata, bank tempatan sudah diingatkan menyebut harga pembukaan rujukan ringgit dalam negara berbanding harga luar pesisir.

Katanya, pasaran tidak seharusnya menetapkan harga ringgit secara berlebihan atau tidak sejajar dengan asas sokongan.

“Kami turut mengingatk­an bank tempatan mengelak berurus niaga dalam FX dengan bank bukan pemastauti­n yang disyaki terbabit dalam aktiviti spekulasi NDF kecuali yang memberi pengesahan mereka tidak terbabit dalam pasaran NDF ringgit luar pesisir.

“Minggu ini banyak rungutan berhubung langkah ini. Tiada dasar baharu mengenai aliran modal dan tiada proksi kawalan modal, malah akaun semasa Malaysia bebas dengan aliran masuk serta keluar modal pelaburan,” katanya.

Mengenai masa depan, beliau menjangka Jawatankua­sa Pasaran Kewangan, yang ditubuhkan awal tahun ini untuk merangka dan mencadangk­an strategi bagi membawa pembanguna­n pasaran kewangan ke hadapan, akan bekerjasam­a dengan industri untuk mengemukak­an strategi dan idea baharu bagi menyokong pembanguna­n pasaran dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia