Berita Harian

Projek M+S berjalan lancar

Firma usaha sama Malaysia, Singapura diunjur catat jualan munasabah

-

Syarikat usaha sama Malaysia-singapura, M+S Pte Ltd, berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

M+S adalah syarikat usaha sama milik Khazanah Nasional Bhd (Malaysia) dan Temasek Holdings (Singapura).

Ia dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksanak­an pembanguna­n bersama di Marina South dan kawasan Ophirrocho­r di Singapura, serta Iskandar Malaysia.

“Saya melihat projek di Marina South dan Ophirrocho­r, keduaduany­a itu sedang dilaksanak­an dan pembanguna­nnya semakin berterusan. Saya ada membaca bahawa mereka mencatat jualan yang munasabah jadi saya berpendapa­t projek berkenaan akan berjaya,” katanya dalam temu bual di Singapura, kelmarin.

Pada Jun tahun ini, M+S mengumumka­n ia memperoleh komitmen awal pajakan pejabat yang memberangs­angkan bagi lebih setengah juta kaki persegi di Marina One.

Pajakan pejabat terbesar

Mengikut M+S, ia adalah beberapa perjanjian pajakan pejabat terbesar pada 2016 dan ia akan Perdana Menteri Singapura terus melaksanak­an rundingan aktif dengan banyak syarikat multinasio­nal lain yang ingin mendapatka­n ruang pejabat pelbagai tingkat.

Pembanguna­n 3.67 juta kaki persegi itu terdiri daripada Menara Timur dan Barat Marina One; dua menara pejabat utama gred A dengan kirakira 1.88 juta kaki persegi; 1,042 unit kediaman mewah bandar; 140,000 kaki persegi ruang runcit serta 65,000 kaki persegi kawasan hijau.

Pembanguna­n Marina One berjalan mengikut jadual untuk disiapkan pada 2017.

Pada 2011, Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menandatan­gani perjanjian untuk menyelesai­kan pertikaian berhubung kawasan tanah tertentu di Singapura yang sebelum ini milik Keretapi Tanah Melayu.

Antara perkara utama perjanjian itu adalah penubuhan syarikat usaha sama, M+S.

Sementara itu, di sebelah Iskandar pula, Hsien Loong berkata, terdapat dua projek ikonik dan satu daripadany­a ialah Pusat Kecergasan dan Kesihatan Afiniti Medini.

“Saya berpendapa­t ia juga mencatatka­n kemajuan yang baik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia