Berita Harian

PROTON, PERODUA rangkul anugerah

ASEAN NCAP iktiraf usaha dua syarikat beri lebih nilai kepada pelanggan

- Oleh Ahmad Fiesal Othman

PROTON Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) masingmasi­ng memenangi anugerah sempena sambutan ulang tahun kelima ASEAN NCAP di Litar Antarabang­sa Sepang dari Isnin hingga semalam.

Kemenangan PROTON membabitka­n tiga kategori iaitu Anugerah 5 Bintang Kereta Paling Mampu Milik di Malaysia bagi Proton Iriz, Anugerah 5 Bintang Kereta Paling Mampu Milik di Thailand untuk Proton Preve dan Anugerah Bintang Paling Menyinar untuk Proton Saga baharu.

PERODUA memenangi Anugerah Perlindung­an Terhadap Penumpang Kanak-kanak (COP) dan Perlindung­an Terhadap Penumpang Dewasa (AOP) bagi kategori kereta keluarga kecil menerusi Perodua Bezza.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata pihaknya amat gembira dengan pengiktira­fan yang diberikan dan kejayaan itu adalah kemuncak kepada usaha berterusan PROTON dalam memberikan lebih nilai kepada pelanggan.

“PROTON memberikan penekanan kepada aspek keselamata­n dan kami berbesar hati menerima pengiktira­fan ini,“katanya dalam satu kenyataan.

Lima bintang

Sementara itu, pada 16 Julai lalu, Perodua Bezza juga telah disahkan penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikan­nya sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) nasional pertama menerima anugerah lima bintang.

“Kedua-dua anugerah itu adalah pengiktira­fan terhadap usaha kami untuk sentiasa meletakkan keselamata­n dan keselesaan pelanggan dengan produk kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, dalam satu kenyataan berasingan.

Varian 1.3L Perodua Bezza dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamata­n yang mengesan dan mengurangk­an tergelinci­r bagi membolehka­n pemandu mengekalka­n kestabilan semasa memandu.

ASEAN NCAP atau Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara adalah usaha bersama antara Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) dan Global NCAP.

Ia tambahan kepada keluarga NCAP dalam meningkatk­an piawaian keselamata­n kenderaan, meningkatk­an kesedaran pengguna dan menggalakk­an kenderaan lebih selamat.

 ?? [ FOTO GOH THEAN HOWE/BH] ?? Dari kiri, Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Khairil Anwar Abu Kassim; Pengerusi Asean NCAP, Prof Dr Wong Shaw Voon; Aminar Rashid, Presiden Perodua Global Manufactur­ing, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim dan Pengarah Urusan Jualan PERODUA Dr Zahari Husin pada...
[ FOTO GOH THEAN HOWE/BH] Dari kiri, Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Khairil Anwar Abu Kassim; Pengerusi Asean NCAP, Prof Dr Wong Shaw Voon; Aminar Rashid, Presiden Perodua Global Manufactur­ing, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim dan Pengarah Urusan Jualan PERODUA Dr Zahari Husin pada...
 ??  ?? Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed menerima anugerah ASEAN NCAP.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed menerima anugerah ASEAN NCAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia