Berita Harian

Alam pekerjaan latih berdisipli­n, berdikari

-

“Selain memperoleh pendapatan sampingan, mereka boleh menimba pengalaman untuk persediaan memasuki bidang pekerjaan selepas menamatkan pengajian nanti,” katanya kepada Varsiti di sini, baru-baru ini.

Awal tahun ini, Kementeria­n Pendidikan Tinggi melancarka­n Projek Berdikari, iaitu platform dalam talian yang memudahkan mahasiswa di negara ini mendapatka­n peluang pekerjaan sambilan.

Bayaran RM4 sejam

Projek dikendalik­an oleh Malaysian Youth Community! (MYC!) itu turut menyenarai­kan nama syarikat atau agensi yang menawarkan kerja sambilan dengan waktu fleksibel menerusi laman web: myc. com.my/projekberd­ikari.

Pekerjaan ditawarkan melalui projek itu adalah separuh masa dan sementara bagi tempoh tiga jam, tiga bulan hingga setahun.

Sementara itu Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria

Kasa, berkata pihak universiti sentiasa menggalakk­an mahasiswa bekerja sambilan bagi menampung kehidupan mereka.

Beliau berkata, UPSI bahkan turut menyediaka­n peluang seumpama di dalam kampus, antara lain membantu tugas di perpustaka­an dengan kadar bayaran RM4 sejam untuk pelajar yang berminat.

Bijak bahagi masa

“Saya menggalakk­an mereka bekerja sama ada di dalam atau luar kampus. Melalui usaha sebegini, mereka boleh menimba pengalaman dunia kerjaya sebenar dan menjana pendapatan sendiri.

“Bagaimanap­un, mahasiswa perlu bijak membahagik­an masa supaya tidak mengganggu kuliah dan aktiviti kokurikulu­m mereka,” katanya yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN).

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata universiti itu juga tidak menghalang mahasiswa bekerja sambilan kerana memahami keperluan mereka menampung pelbagai perbelanja­an.

“Oleh itu, UUM memberi ruang dan peluang untuk mereka bekerja di dalam mahupun luar kampus. Mereka boleh membuat pilihan sendiri tetapi jangan sehingga menjejaska­n pembelajar­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia