Berita Harian

UNIMAP raih pelbagai anugerah di FSAE

- Oleh Basir Zahrom

Pasukan Automotive Racing Team (UNIART) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) muncul juara bagi kategori Persembaha­n Rancangan Perniagaan di Formula SAE-ASEAN (FSAE) di Sirkit Speedway Plus, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Lebih membanggak­an, pasukan itu turut meraih naib johan kategori Analisis Kos dan tempat ketiga bagi kategori Rekaan Kejurutera­an, sekali gus meletakkan ciptaan pasukan universiti kejurutera­an dari utara tanah air itu di tempat ketiga terbaik keseluruha­n dengan enam anugerah diraih.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejurutera­an Mekatronik UNIMAP, Dr Md Tasyrif Abdul Rahman yang mengetuai pasukan itu, berkata UNIART turut dianugerah­kan Anugerah Khas kategori Pasukan Berimpak Terbaik oleh syarikat ACCMS Warranty & Services atas usaha dan dedikasi yang ditunjukka­n oleh setiap ahli pasukan.

Beliau berkata, ahli pasukan UNIART terdiri daripada 17 pelajar yang dibahagika­n kepada dua kru utama iaitu kru teknikal dan kru p engurusan yang mewakili tiga pusat pengajian di UNIMAP iaitu Pusat Pengajian Kejurutera­an Mekatronik, Pusat Pengajian Kejurutera­an Pembuatan dan Fakulti Teknologi Kejurutera­an.

“Antara peranan dan tugas ialah pertanding­an yang merangkumi perniagaan dan industri automotif anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI). kru ini ialah membuat analisis kekuatan dan kelemahan bahagian masing-masing bagi persiapan membangunk­an jentera UNIART,” katanya ketika dihubungi Varsiti, baru-baru ini.

Pengalaman berharga

Beliau berkata, banyak cabaran p erlu dilalui, justeru pihaknya berbangga dapat meraih kemenangan untuk beberapa kategori anugerah yang dip ertandingk­an, termasuk anugerah khas selepas penganjur melihat semangat juang, kesungguha­n dan kepantasan pasukan UNIART menyelesai­kan masalah serta cabaran sepanjang FSAE berlangsun­g.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cabaran yang paling besar ialah pembahagia­n masa kerana setiap ahli pasukan adalah pelajar yang p erlu menjalani rutin mengikuti kuliah pada masa sama p erlu menyiap kan jentera sebelum ke FSAE.

“Pelbagai jenis ujian, analisis dan modifikasi bagi menyiapkan jentera itu dengan sesi latihan di Litar Go-kart UNIMAP kerana ini adalah penyertaan kali pertama UNIART di FSAE.

“Walaupun kami tidak dapat menyertai satu daripada acara yang dipertandi­ngkan iaitu acara dinamik kerana kegagalan mekanikal, namun menjadi pasukan yang melepasi tiga kategori p emeriksaan mengikut piawaian FSAE yang ketat memberi pengalaman sangat berharga,” katanya.

 ??  ?? Jentera sedang diuji.
Jentera sedang diuji.
 ??  ?? Pasukan UNIART dari UNIMAP dengan jentera go-kart ciptaan mereka.
Pasukan UNIART dari UNIMAP dengan jentera go-kart ciptaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia