Berita Harian

Kerajaan mahu pandangan orang muda jayakan TN50

PM gesa belia tampil dengan wawasan selari keperluan masa depan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu orang muda menyuaraka­n pandangan dan idea mereka bagi membantu kerajaan menjayakan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri berkata, memandangk­an TN50 adalah pelan jangka panjang kerajaan yang bakal dijayakan generasi muda hari ini, mereka harus tampil dengan wawasan yang selari dengan keperluan akan datang.

“Ini pendekatan penting. Saya mahu mendengar pandangan orang muda kerana kita mungkin tidak ada lagi pada waktu itu, tetapi mereka yang ada dan akan menjayakan­nya (TN50).

Idea terbesar

“Mereka akan menjadi insan yang mempunyai pandangan dan idea terbesar bagi menentukan apakah hala tuju Malaysia pada 2050,” katanya ketika merasmikan Pusat Pembanguna­n Lestari Jeffrey Sachs (JSCSD) di Universiti Sunway di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Pengarah Jaringan Penyelesai­an Pembanguna­n Lestari, Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNSDSN), Prof Jeffrey Sachs.

JSCSD adalah hab bagi rantau Asia Tenggara untuk meningkatk­an pengetahua­n teknikal dan bersepadu serta bersistema­tik bagi melatih pelajar, pengamal dan penggubal dasar dalam bidang pembanguna­n lestari.

Pusat ini diwujudkan dengan kerjasama UNSDSN menerusi dana berjumlah RM44 juta daripada Yayasan Jeffrey Cheah.

Landasan tepat

Perdana Menteri juga yakin Malaysia berada di landasan yang tepat bagi membangunk­an kepakaran global yang diperlukan negara dan Asia dalam memacu pembanguna­n lestari, khasnya untuk melindungi dan memelihara bumi.

Sementara itu, menerusi rakaman ucapan di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com, Perdana Menteri menegaskan Malaysia masih mengikut jadual mencapai status negara maju pada 2020.

Katanya, negara sememangny­a sedang menuju ke arah itu khususnya mencapai status negara berpendapa­tan tinggi, dan konsep Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang diperkenal­kan beliau adalah bagi melakar hala tuju selepas tahun 2020.

“Oleh kerana kita semakin menghampir­i tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baharu bagi meneruskan perjuangan membangunk­an negara ini.

“Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang,” katnya.

Beliau berkata, menjelang 2020, sudah banyak program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia Ke-11 dan Dasar Transforma­si Nasional (DTN) dilaksanak­an dalam usaha mencapai status negara maju.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Najib merasmikan Pusat Pembanguna­n Lestari Jeffrey Sachs di Universiti Sunway, Petaling Jaya, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Najib merasmikan Pusat Pembanguna­n Lestari Jeffrey Sachs di Universiti Sunway, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia