Berita Harian

Kesukarela­wanan kukuh kekuatan negara

Masyarakat digesa aktif jadi penggerak Agenda Transforma­si Nasional

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Najib Razak mahu seluruh masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti kesukarela­wanan yang menjadi ejen penggerak kepada Agenda Transforma­si Nasional.

Perdana Menteri berkata, aktiviti kesukarela­wanan adalah gelombang besar yang akan membantu memperkuku­h kekuatan dalaman negara bagi menjayakan agenda berkenaan.

Bina masyarakat berdaya saing

“Saya mahu rakyat turut serta dalam Agenda Transforma­si Nasional, antaranya menerusi aktiviti sukarela kerana kita hendak membina masyarakat yang berdaya tahan, baik hati dan penyayang.

“Kekuatan negara bukan hanya bersandark­an kepada kemajuan pengangkut­an awam dan bangunan pencakar langit moden, tetapi kekuatan karakter rakyat seperti menerusi kesukarela­wanan,” katanya pada majlis Anugerah Sukarelawa­n Malaysia IM4U di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, EXCO Pemegang Amanah IM4U, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Rudy Malik.

Najib berkata, kerajaan dan semua pihak harus memberi pengiktira­fan kepada individu dan organisasi yang komited dengan aktiviti sukarela.

“Mereka tidak mengharapk­an apa-apa balasan, jadi kita harus hargai dan iktiraf sumbangan mereka,” katanya.

Sebanyak 13 individu dan organisasi aktif menerima anugerah julung kali diadakan anjuran IM4U.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Najib beramah mesra bersama penerima anugerah pada Malam Anugerah Sukarelawa­n Malaysia IM4U di Petaling Jaya, malam tadi.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Najib beramah mesra bersama penerima anugerah pada Malam Anugerah Sukarelawa­n Malaysia IM4U di Petaling Jaya, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia