Berita Harian

PM, rakan atas talian tinjau persiapan akhir MRT

-

Kuala Lumpur: Berbaki seminggu sebelum Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama beroperasi sepenuhnya, Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan masa untuk membuat tinjauan terakhir.

Kunjungan Perdana Menteri dengan menaiki MRT dari stesen Mutiara Damansara ke Pusat Bandar Damansara petang semalam itu, turut disertai beberapa rakan atas talian beliau, termasuk usahawan belia, mahasiswa dan penulis buku.

PM ajak naik MRT

“MRT bukan saja menambah baik kesalinghu­bungan kerana kita menyediaka­n bas pengantara di setiap stesen MRT, malah ia akan melengkapi kemudahan pengangkut­an awam sedia ada dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi seperti yang kita impikan.

“Saya tak sabar menanti 16 Disember ini untuk anda semua dapat merasai sendiri masa depan pengangkut­an awam negara. Jom Naik MRT!” katanya menerusi blog rasminya, Najibrazak.com, semalam.

Antara rakan atas talian Najib yang menyertai tinjauan itu adalah Puteri Balqish dan Rosli Abdul Rahman daripada Penmerahdo­tcom; Ahmad Nazuwan Amran (Beautifuln­ara); Mohd Nazrinifwa­t (kurator Twitter @mohon_clash); Mohd Syahir (blogger isu ekonomi) dan Khairul Idzwan Kamarudzam­an (blogger pengangkut­an awam).

Selain itu, pengasas laman Thevocket, Mohd Fazreen Jasni; aktivis sosial, Kuan Chee Heng; produser klip ringkas di Instagram atau ‘viner’, Lukman Aqid Zulkarnae; pengacara radio HOTFM, Nordin Madian; jurugambar terkenal di Instagram, Hishammudi­n Hashim atau Abeden Mung; doktor pakar dari Hospital Besar Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir dan Timbalan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Dersamynee Subramania­m.

 ??  ?? Najib bersama rakan atas talian menaiki MRT dari stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek MRT yang dijadual beroperasi sepenuhnya minggu depan.
Najib bersama rakan atas talian menaiki MRT dari stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek MRT yang dijadual beroperasi sepenuhnya minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia