Berita Harian

MCY platform komersial penyelidik­an

Pupuk minat sains, kreativiti, inovasi dalam kalangan rakyat

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Tahun Pengkomers­ialan Malaysia (MCY) 2016 yang diperkenal­kan kerajaan menjadi platform kepada 26 agensi dan industri untuk mengkomers­ialkan hasil penyelidik­an mereka ke pasaran.

Diterajui oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementeria­n Kewangan (MOF) menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), 150 produk menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk dikomersia­lkan sepanjang tahun ini.

Setakat 30 November lalu, 123 produk berjaya dikomersia­lkan dengan anggaran nilai pengkomers­ialan RM155 juta.

Sempena MCY yang berlangsun­g dua hari bermula kelmarin, pelbagai aktiviti dilaksanak­an, termasuk pameran 150 produk KPI khas membabitka­n enam sektor utama.

Sektor berkenaan ialah Perubatan dan Kesihatan, Nutraseuti­kal dan Kosmeseuti­kal, Aplikasi Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) dan Robotik, Teknologi Industri, Elektrik, Elektronik & Teknologi Nano’ serta Bioteknolo­gi dan Pertanian.

Dengan tema Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Mencipta Kekayaan, MCY adalah program pertama dalam usaha meningkatk­an aktiviti inovasi dan pengkomers­ialan bagi semua sektor, sekali gus mengukuhka­n kerjasama dalam aktiviti pemindahan teknologi serta inovasi terbuka.

Hasil kerjasama kukuh

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau, berkata kejayaan MCY adalah hasil kerjasama kukuh dengan Triple Helix kerajaan, kumpulan akademik dan industri.

“Ini adalah hasil dasar yang dijalankan di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (NPSTI). Menerusi NPSTI, kementeria­n menyasarka­n untuk mempromosi dan memupuk minat kepada sains, kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus mencapai sasaran negara maju pada masa depan,” katanya.

Madius semalam turut melancarka­n lima produk secara rasminya sempena kemuncak MCY 2016 seperti Pen Dua dan Kloner daripada Cybersecur­ity Malaysia serta pengurusan luka dalam, myplas daripada Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM Berhad).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia