Berita Harian

PKS digesa teroka pasaran antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini keluar daripada kepompong pasaran tempatan dan berusaha pula untuk menembusi pasaran antarabang­sa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PKS wajar merebut pelbagai peluang disediakan kerajaan dan sektor swasta untuk melonjak daya saing mereka dalam era liberalisa­si pasaran, termasuk pembentuka­n Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Unjuran KDNK PKS berkembang

“AEC dengan jumlah penduduk menjangkau 630 juta setakat 2015 akan melebarkan peluang perniagaan untuk PKS di Malaysia. Ledakan pasaran ini juga akan mengubah persekitar­an perniagaan di Malaysia dengan melonjak kadar permintaan dalam pelbagai sektor dan industri.

“PKS tidak boleh terus berada di takuk lama, sebaliknya memanfaatk­an peluang menerusi dana kerajaan untuk melonjak daya saing mereka supaya menguasai pentas antarabang­sa,” katanya berucap pada Malam Penganuger­ahan Enterprise 50 (E50) Ke-19 anjuran SME Corp, di sini malam tadi.

Beliau turut menyampaik­an anugerah E50 kepada 10 penerima utama tahun ini, Exis Tech Sdn Bhd, Hexa Food Sdn Bhd, IX Telekom SDN Bhd, Koyoko M P Sdn Bhd, MY CO2 Sdn Bhd, PRM Foods & Marketing Sdn Bhd, Sin Sing Coffee Sdn Bhd, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, ST Tiew Dental Group Sdn Bhd dan Top-mech Provincial Sdn Bhd.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS tahun ini berkembang pada kadar lima hingga 5.5 peratus yang mampu dicapai berdasarka­n sumbangan sektor itu sebanyak 36.3 peratus kepada KDNK negara tahun lalu berbanding 29.4 peratus pada 2005.

Peluang kerja ditawar PKS meningkat

“Peluang kerja ditawarkan PKS turut meningkat daripada 56.8 peratus kepada 65.5 peratus untuk tempoh sama. Jumlah usahawan wanita juga menunjukka­n perkembang­an positif, mewakili 19.7 peratus daripada keseluruha­n PKS di negara ini,” katanya yakin penggiat tempatan boleh menembusi pasaran antarabang­sa.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Timbalanny­a, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi SME Corp, Tan Sri Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid; Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim dan Pengarah Eksekutif Deloitte Malaysia, Datuk Mohd Nizar Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia