Berita Harian

Kakitangan MARA dapat tangan robotik cetakan 3D

-

Manjung: “Saya gembira dan bersyukur menerima tangan ini, malah dapat membantu menutup rasa kekurangan diri,” kata Muhammad Firdaus Hashim.

Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajahnya apabila menerima sumbangan tangan robotik cetakan 3D mekanikal hasil kerjasama lima pelajar tahun akhir Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineerin­g Technology (UNIKL MIMET).

Muhammad Firdaus, 23, dari Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur, dan bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) Ibu Pejabat MARA, kudung tangan kanan sehingga atas siku selain kecederaan serius pada kedua-dua kaki selepas motosikaln­ya berlanggar dengan sebuah kereta, dua tahun lalu.

“Kejadian itu mengakibat­kan urat saraf tangan putus dan apabila tiba di hospital ia (darah) sudah kering.

Potong tangan

“Selepas dua bulan jari mula kehitaman dan atas nasihat doktor saya mengambil keputusan memotong tangan kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada anggota lain,” katanya ketika ditemui selepas menerima tangan mekanikal berkenaan yang diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UNIKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud di sini, kelmarin.

Muhammad Firdaus berkata, sebagai manusia yang dilahirkan sempurna, beliau mengakui pada mulanya sukar untuk menerima kekurangan pada diri, apatah lagi ia menyebabka­n beliau tidak d apat menamatkan pengajian dalam jurusan kejurutera­an elektrik di UNIKL British Malaysian Institute (UNIKL BMI).

“Bangkit dari kesedihan ini, saya nekad memulakan hidup baharu dan menyambung belajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Rembau, Negeri Sembilan. Namun, perancanga­n Allah SWT ternyata lebih baik apabila tidak lama kemudian saya ditawarkan bekerja di Ibu Pejabat MARA dengan jawatan sekarang,” katanya.

Penyelia projek tangan mekanikal itu, Ahmad Makarimi Abdullah, pula berkata Prothetic Arm versi dua itu hasil usaha lima pelajar tahun akhir diketuai Meor Mohamad Faris Meor Mohamad Sharifuddi­n bersama Muhammad Al-fadhil Abdillah Sazali, Intan Nasuha Ramli, Muhammad Safuan Naiem Mas'ud dan Muhammad Afiq Syahmi Azman yang belajar dari tiga jurusan berbeza.

Katanya, gabungan tiga jurusan berbeza iaitu Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Marin, Rekabentuk Kapal serta Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Marin itu memberi nilai tambah kepada hasil rekaan berkenaan berbanding versi pertama.

 ?? [FOTO HIDAYAH TANZIZI/BH] ?? Muhamad Firdaus bersalaman dengan Mazliham selepas menerima tangan mekanikal di Manjung.
[FOTO HIDAYAH TANZIZI/BH] Muhamad Firdaus bersalaman dengan Mazliham selepas menerima tangan mekanikal di Manjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia