Berita Harian

Alat jimat air SMK Tatau muncul juara

Bawa pulang hadiah RM50,000 pertanding­an PETRONAS AAY All Star 2016

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Inisiatif 20 pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, Sarawak mencipta alat penjimatan air di bawah Program Tandas Hijau membawa tuah apabila muncul juara pertanding­an PETRONAS All About Youth (AAY) All Star 2016, baru-baru ini.

Mereka membawa pulang hadiah utama RM50,000, iaitu dana khas menaik taraf projek yang berkonsepk­an tandas mesra alam serta menjimatka­n tenaga dan air.

Semua peserta turut menerima RM1,000 yang akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mereka.

Kapten pasukan, Thierry Fiore, 16, yang tidak menyangka pasukannya muncul juara mengakui saingan sengit diberikan peserta lain dari seluruh negara.

“Kami gembira dapat membawa projek ini ke Kuala Lumpur pada acara kemuncak,” katanya mengetuai kumpulan Crystal Drop.

Alat yang dinamakan Unit Penjimatan Air (UPA) itu mampu menjimatka­n sehingga 20 peratus penggunaan air.

Jalin kerjasama

Sekolah terbabit turut menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi melaksana projek UPA di sekolah rendah terpilih dan tandas awam di Bintulu, Tatau dan Sebauh, selain dipasang di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan sekolah awam di Kemboja.

Sementara itu, guru penyelia PETRONAS AAY di SMK Tatau, Alexander Andrew Kana, berkata program itu memberi manfaat bukan hanya kepada sekolah, tetapi juga guru dan pelajar.

“Saya melihat perubahan positif pelajar yang menyertai program ini terutama dari segi perwatakan diri. Mereka kini memiliki keyakinan diri yang tinggi dan ia dapat dilihat sendiri oleh ibu bapa mereka,” katanya.

Program PETRONAS AAY yang bertujuan memupuk belia serba boleh dalam bidang pembanguna­n sosial, kesejahter­aan masyarakat dan alam sekitar, turut mendapat pengiktira­fan Kementeria­n Pendidikan.

Program yang memasuki tahun ketiga penganjura­n itu disertai 30 sekolah dari Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? 20 pelajar SMK Tatau mencipta alat penjimatan air di bawah Program Tandas Hijau dipilih juara pada pertanding­an PETRONAS All About Youth (AAY) All Star 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
20 pelajar SMK Tatau mencipta alat penjimatan air di bawah Program Tandas Hijau dipilih juara pada pertanding­an PETRONAS All About Youth (AAY) All Star 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia