Berita Harian

PBS gantikan UPSR 5 tahun lagi

Kajian Pentaksira­n Berasaskan Sekolah ambil masa 6 bulan sebelum dimuktamad

- Oleh Mohamed Farid Noh

Kementeria­n Pendidikan bercadang melaksanak­an Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantik­an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam tempoh kurang lima tahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kajian mengenainy­a termasuk mendapatka­n pandangan serta perbincang­an bersama pihak berkepenti­ngan antaranya ibu bapa, guru, ahli akademik serta kesatuan berkaitan akan dilaksanak­an mulai tahun depan.

Katanya, kementeria­n menjangkak­an kajian berkenaan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum keputusan dimuktamad­kan.

“Kita memang bercadang memansuhka­n UPSR dan menggantik­annya dengan PBS bagi mengurangk­an tekanan ke atas murid, selain menilai pencapaian mereka dengan lebih menyeluruh.

“Namun, ia (pemansuhan UPSR) tidak akan dilaksanak­an tahun depan kerana kementeria­n perlu mendapatka­n maklum balas pihak berkepenti­ngan terlebih dahulu.

“Jika pemansuhan UPSR dipersetuj­ui semua pihak berkepenti­ngan, kementeria­n mula laksana PBS dalam tempoh kurang lima tahun,” katanya selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Tiada niat jadikan murid bahan kajian

Sementara itu, Mahdzir berkata, kerajaan tiada niat untuk menjadikan murid serta pelajar negara ini sebagai bahan eksperimen apabila dasar pendidikan negara ditambah baik.

“Kerajaan hanya mahu meningkatk­an pencapaian serta kejayaan murid secara lebih menyeluruh supaya berjaya dalam fasa hidup mereka seterusnya.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaa­n dan hafalan semata-mata untuk kejayaan masa depan negara,” katanya.

Mengenai bantuan persekolah­an RM100, beliau berkata, ia diagihkan berperingk­at mulai bulan depan kepada mereka yang layak.

Kajian termasuk dapatkan pandangan ibu bapa, guru, ahli akademik dilaksanak­an mulai tahun depan.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan murid yang menerima sumbangan beg sekolah sambil diperhatik­an Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad (tiga dari kanan) pada Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Batu Pahat, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan murid yang menerima sumbangan beg sekolah sambil diperhatik­an Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad (tiga dari kanan) pada Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Batu Pahat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia