Berita Harian

Usaha sama naik taraf KIAS jadi universiti

-

Kota Bharu: Konsep ‘Bandar Pendidikan’ antara inti pati utama daripada empat cadangan yang ditawarkan pelabur dari China bagi menaik taraf Kolej Islam Antarabang­sa Sultan Ismail Petra (KIAS), di sini.

Duta pelabur dari China, Datuk Seri James Wong daripada WTW Training House, berkata tawaran bernilai kira-kira RM10 juta itu disediakan bagi merealisas­ikan usaha sama antara KIAS dan pihak China.

“Selain itu, kami mahu menaik taraf KIAS daripada kolej menjadi universiti, melakukan hubungan dua hala melalui sistem pertukaran pelajar serta mempromosi­kan KIAS dan Kelantan sebagai hab pelanconga­n dalam pendidikan.

“Hari ini (kelmarin) sebagai langkah pertama (tawaran daripada China) dan masih banyak perbincang­an akan dilakukan, terutama dalam melaksanak­an program pertukaran pelajar,” katanya selepas majlis menandatan­gani surat tawaran kerjasama bagi membangunk­an KIAS dengan Wong, di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif KIAS, Profesor Dr Ab Aziz Mohd Zin.

Sementara itu, Ab Aziz ketika mengulas mengenai kerjasama itu berkata, apa yang ditawarkan oleh pelabur China kepada KIAS bukan kali pertama, namun kali ini ia memperliha­tkan objektif dan tindakan lebih jelas.

Peluang baik kepada pelajar

Katanya, kerjasama berkenaan mampu membuahkan hasil yang baik kepada kedua-dua pihak, terutama dalam menaik taraf ekonomi negeri ini dengan menjana pendapatan masyarakat setempat.

“Kami amat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia memberi peluang baik kepada pelajar bagi melakukan pelbagai program dan bertukar suasana dalam aspek pendidikan.

“Malah, ia memberi dorongan untuk pelajar mempelajar­i bahasa Cina kerana antara syarat utama pertukaran pelajar adalah fasih berbahasa Cina,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SUFIAN ROSLI/BH] ?? Ab Aziz (kiri) bersama Wong menandatan­gani surat tawaran kerjasama bagi membangunk­an KIAS di Kota Bharu, kelmarin.
[FOTO MUHAMMAD SUFIAN ROSLI/BH] Ab Aziz (kiri) bersama Wong menandatan­gani surat tawaran kerjasama bagi membangunk­an KIAS di Kota Bharu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia