Berita Harian

Guna pengalaman 23 tahun bela nasib wanita

Pengarah Eksekutif WAO terbabit misi bantu pelarian anjuran PBB

- Oleh Mahani Ishak

Pengalaman 23 tahun wanita berwibawa ini dalam Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) memberikan pengalaman cukup berguna untuk terus memartabat­kan kedudukan wanita di negara ini.

Bertepatan dengan personalit­i Sumitra Visvanatha­n, 48, yang menerajui Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) sebagai pengarah eksekutif, sejak Januari tahun lalu, beliau tekad meneruskan perjuangan menghapusk­an diskrimina­si terhadap wanita sebagai misi utamanya.

Sebelum bersama WAO, beliau menimba pengalaman pertama bekerja bersama UNHCR di kem pelarian Indonesia.

“Ketika itu saya berusia 24 tahun memang tiada pengalaman kerja tetapi pengetahua­n dalam undang-undang, membuatkan mereka yakin dengan kebolehan saya, di situlah bagaimana bermula misi kemanusiaa­n.

“Saya berpeluang bekerja di Vietnam, Switzerlan­d, Turki, Kemboja, Libya, Mesir, Iraq dan banyak lagi.

“Pengalaman demi pengalaman itu membuatkan saya mengatasi kejutan awal, menyelami kesusahan melampau dan melalui detik sukar berada di zon perang,” katanya kepada BH.

Sumitra berkelulus­an undangunda­ng dari Universiti Leicester, Britain, berkata bekerja di Baghdad, Iraq paling memberi kesan, kerana di situ terlalu banyak peperangan dan detik sukar.

“Itu dilalui pada Julai 2014, kami petugas misi keamanan perlu berlari lebih 14 kilometer menyelamat­kan diri dan mangsa. Letupan bom kedengaran di sana sini, hingga sekarang pun tidur masih dibayangi letupan.

Sertai misi keamanan

“Saya banyak menjalanka­n misi keamanan bersama PBB dan berkaitan undang-undang di sempadan antarabang­sa negara bergolak memastikan pelarian selamat.

“Ramai orang bimbang keselamata­n saya berikutan berada di zon perang, tetapi kami pastikan setiap prosedur keselamata­n seperti pemakaian jaket dan topi keselamata­n dipatuhi,” katanya.

Misalnya soal pelarian, katanya ramai tidak memahami pelarian itu boleh terjadi kepada sesiapa saja tidak kira status, jantina sekiranya dalam krisis atau kecemasan, semua orang berada dalam risiko.

Wujud komuniti selamat

“Banyak pengalaman ditimba di UNHCR menjadikan saya bersedia menempuh apa juga keadaan.

“Menerusiny­a bidang tugas termasuk menyelamat, memberikan perlindung­an dan memastikan pelarian kembali selamat ke negara mereka, selain memberikan perlindung­an tempat tinggal, air, makanan dan akses kepada perkhidmat­an,” katanya.

Pengalaman berkenaan memberi kekuatan untuk memastikan kebajikan masyarakat khususnya wanita tidak ditindas yang dapat direalisas­ikan menerusi WAO.

Fokus Sumitra ialah mahu mewujudkan komuniti selamat berikutan keganasan wanita juga terjadi dalam rumah, namun diabaikan masyarakat yang menganggap urusan berkenaan tidak wajar dicampuri.

“Program advokasi mungkin dianggap retorik, namun itulah nadi perjuangan WAO yang sentiasa memastikan wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak didiskrima­si dalam apa bentuk sekalipun.

Kebajikan wanita

“Justeru, fokus WAO memperjuan­gkan kesamarata­an gender dan mendidik masyarakat supaya tidak hanya menyaksika­n keganasan tetapi mengambil langkah kerana itu sebahagian bentuk jenayah,” katanya.

Sumitra, berpegang pada prinsip semua orang dicipta sama, kajian pada 2015 menunjukka­n 36 peratus anak cenderung mengulangi perbuatan dera yang disaksikan ketika kanak-kanak kepada ahli keluarga yang lain.

“Ini adalah kitaran keganasan dan menjadi sebahagian perjalanan hidup apabila mereka dewasa dan ini meningkatk­an keganasan wanita dari masa ke semasa.

“Keadaan itu dilihat sebagai cabaran dan mahu Akta Keganasan Rumah Tangga dipinda supaya hukuman lebih setimpal dikenakan kepada pelaku dan perlu dikuatkuas­akan berpanduka­n pada garis panduan yang diputuskan, pada Ogos tahun lalu,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ??
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH]
 ??  ?? Sumitra (duduk dua dari kiri) bersama petugas misi keamanan di Baghdad, Iraq pada 2014.
Sumitra (duduk dua dari kiri) bersama petugas misi keamanan di Baghdad, Iraq pada 2014.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia