Berita Harian

‘Peringatan alpa soal keduniaan’

Kandungan khutbah Masjid Besar Baitul Amin undang sebak jemaah

-

Tangisan khatib Masjid Besar Baitul Amin di Pidie Jaya, di sini ketika menyampaik­an khutbah Jumaat semalam, meruntun emosi lebih 1,000 jemaah yang memenuhi ruang masih boleh digunakan di rumah ibadat itu yang runtuh akibat gempa, Rabu lalu.

Peringatan bahawa tragedi yang sekali lagi menimpa bumi Aceh sehingga meragut ratusan nyawa dan mencederak­an ramai yang lain adalah kerana sikap alpa manusia sendiri, turut mengundang pilu lebih 4,000 penduduk yang berlindung di bawah 10 khemah sementara di sekitar masjid terbabit.

Ada jemaah tidak dapat menahan sedih, berulang kali menyeka air mata sepanjang khatib, Munir A Jalil mengulas kekuasaan Allah menurunkan bencana itu yang setakat petang semalam mengakibat­kan 102 orang terkorban.

Keadaan masjid itu yang masih dalam peringkat pembinaan ketika gempa bumi melanda, turut membangkit­kan rasa bimbang, apatah lagi ada beberapa struktur bangunan seperti lantai dan tangga retak teruk akibat gegaran kuat gempa.

Ajak masyarakat bersatu

Kandungan khutbah disampaika­n Munir, antara lain turut mengajak umat Islam insaf bahawa bencana atau malapetaka yang diturunkan Allah adalah ujian bagi mengajak seluruh masyarakat bersatu.

Puluhan bangunan masjid yang runtuh akibat bencana alam berkenaan pula, katanya, disebabkan sikap umat Islam sendiri yang berat untuk hadir bersama-sama mengimarah­kan rumah Allah.

“Jangan biarkan masjid ini terus menangis. Penuhilah dan jangan biarkan ia terus kosong, janganlah sibuk dengan hal keduniaan. Ingatlah bahawa musibah ini barangkali disebabkan kealpaan hambanya yang lupa soal dan tuntutan agama.

“Segala malapetaka ini bermula dari tangan manusia dan ia akhirnya akan merosakkan kehidupan manusia,” katanya sambil teresak-esak menahan sedih.

Beliau kemudian mengimamka­n solat Jumaat dan selepas itu mengetuai bacaan tahlil bagi memohon perlindung­an untuk penduduk di kawasan terjejas.

Sementara itu, tinjauan BH ke beberapa masjid di bandar ini mendapati sebahagian­nya seperti

 ??  ??
 ??  ?? Jemaah mendengar bacaan khutbah Jumaat di Masjid Baitul Aman, Ulim, di Pidie Jaya, semalam.
Jemaah mendengar bacaan khutbah Jumaat di Masjid Baitul Aman, Ulim, di Pidie Jaya, semalam.
 ??  ?? Penduduk kampung menunaikan solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Jami Quba di Pidie Jaya,
Penduduk kampung menunaikan solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Jami Quba di Pidie Jaya,
 ??  ?? Penduduk kampung mengadakan majlis tahlil untuk mangsa korban di Pidie Jaya.
Penduduk kampung mengadakan majlis tahlil untuk mangsa korban di Pidie Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia