Berita Harian

‘Tiang kayu rumah jadi penyelamat’

-

“Saya hanya mampu meraung kesakitan dan menjerit sekuat hati kerana kaki dan badan tersepit dalam runtuhan,” kata Syukri Hassan, 57, yang nyaris mati kelemasan dihimpit sisa konkrit rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi, Rabu lalu.

Ahli perniagaan yang juga bapa kepada tiga anak ini berkata, lebih 30 minit dia tersepit dalam runtuhan kediamanny­a di Ulee Gle dan tidak dapat berfikir dengan jelas.

“Saya dalam keadaan kebingunga­n sehingga tidak mampu berfikir dengan jelas, termasuk mencari jalan menyelamat­kan diri,” katanya yang bernasib baik kerana ada jiran membantu mengeluark­annya dari rumah yang runtuh.

80 peratus rosak

“Rumah saya rosak hampir 80 peratus. Mujur ketika gempa, saya lena di bilik yang tidak mengalami kerosakan teruk berbanding ruang tamu dan dapur. Saya terselamat kerana dilindungi tiang kayu rumah,” katanya.

Masih trauma dan terkejut dengan bencana yang melanda, beliau yang berseorang­an di rumah ketika kejadian berkenaan kerana anak dan isteri berada di daerah Bireuen, kemudian dihantar ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Dr Fauziah kerana cedera teruk di bahagian bahu dan kaki.

“Selepas runtuh, kedengaran jiran menjerit memanggil saya dan kemudian membantu mengeluark­an saya dari rumah,” katanya yang masih tidak berdaya berjalan kerana keadaan kaki masih bengkak, namun bersyukur anak dan isterinya terselamat.

 ??  ?? Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam bangunan yang musnah akibat gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh.
Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam bangunan yang musnah akibat gempa bumi di Pidie Jaya, Banda Aceh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia