Berita Harian

Biro Kebajikan UMNO salur bantuan ubatan

-

Biro Kebajikan UMNO tiba di Pidie Jaya semalam bagi mendapatka­n perincian mengenai keperluan ubat-ubatan serta bantuan lain seperti khemah untuk pusat perubatan dan perlindung­an sementara yang diperlukan mangsa gempa.

Bendahari biro berkenaan, Azizan Md Zain serta Ahli Jawatankua­sanya, Datuk Hang Tuah Din yang juga Setiausaha Agung Alumni Majlis Belia Malaysia, akan membuat tinjauan di lokasi gempa selama dua hari, termasuk di sekitar Ulee Glee, Tring Gadeing dan Merdu serta pusat bandar Pinde Jaya.

Turun padang

Pengerusi Biro Kebajikan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Samsul Annuar Nasarah turut dijangka turun padang selepas ini untuk melihat sendiri kesan gempa bumi serta menyerahka­n bantuan kepada mangsa.

Dalam perkembang­an berkaitan, bekalan ubat antara untuk tahan sakit, bius serta antibiotik, selain kelengkapa­n seperti rawatan implan, amat diperlukan di kebanyakan pusat rawatan sementara yang dibuka serta dua hospital berhampira­n.

Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Dr Fauziah di daerah Bireuen serta RSUD Tgk Chik di Tiro, Sigli, kini dijadikan hospital utama bagi menempatka­n mangsa kritikal, berikutan RSUD Pidie Jaya rosak teruk dan tidak beroperasi.

Rawatan awal

Ketua Pasukan Perubatan Bencana, Dr Said Abdullah, berkata beberapa pusat kesihatan sementara dibuka di sekitar bandar, termasuk oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi memudahkan penduduk yang cedera ringan mendapatka­n rawatan awal.

“Bekalan ubat-ubatan di RSUD Bireuen dan Sigli amat kritikal. Kami memerlukan sumber tambahan dan amat berterima kasih jika ada mana-mana pihak dari Malaysia boleh membantu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan RSUD Dr Fauziah, Dr Zulkainain Adam, ketika ditemui, berkata mereka masih sibuk menguruska­n mangsa dari kalangan warga tua, wanita dan kanakkanak, termasuk yang dihantar dari Pidie Jaya, kebanyakan­nya patah kaki, cedera di perut selain luka di kepala ditimpa sisa runtuhan.

Dr Zulkarnain berkata, pihak hospital turut menubuhkan ‘pasukan darurat’ dianggotai doktor pakar bagi membantu mangsa di lokasi gempa bumi, terutama di Meureudu dan sekitar Pidie Jaya.

 ??  ?? Penduduk tempatan berehat di khemah sementara pusat pemindahan di Pidie Jaya.
Penduduk tempatan berehat di khemah sementara pusat pemindahan di Pidie Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia