Berita Harian

Gali runtuhan selamatkan anak

Isteri tak mampu gerak akibat tersepit di dinding batu, katil

-

Di penjuru kamar kecil sebuah kedai dua tingkat di Ulee Glee, Yusanti Emali, 36, enak dibuai mimpi bersama suami, Rejab Aziz, 37, dan anak lelaki mereka, Dinda Safira, 14.

Tanpa diduga, bilik dihuni mereka digoncang kuat sebelum dinding dan lantai kamarnya merekah 1,000, segala perkakas dalam bilik jatuh berantakan. Dalam beberapa saat, siling kediaman pula runtuh disertai bunyi dentuman kuat yang kemudian menimpa tiga beranak berkenaan.

Bekalan elektrik terputus dan suasana gelap gelita, Yusanti berasa tubuhnya tidak mampu bergerak akibat tersepit di celah runtuhan dinding batu dan katil.

Tak mampu

Jeritan anaknya yang kesakitan meminta tolong kedengaran, namun Yusanti yang kemudian disahkan luka teruk di kepala dan pinggang, ketika itu ditimbus hingga ke paras dada dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Mahu bernafas pun susah ketika itu, apatah lagi untuk menyelamat­kan anak. Mujur suami berjaya merangkak keluar dari celah runtuhan, segera mengorek sisa runtuhan menggunaka­n tangan untuk menyelamat­kan anak kami terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di Hospital Dr Fauziah, semalam.

Suaminya, Rejab berkata, dia terlebih dahulu menyelamat­kan anak lelaki mereka yang tertimbus sepenuhnya dan bersyukur anak kesayangan sempat diselamatk­an sebelum mati kelemasan.

Selamatkan isteri

“Saya kemudian gagahkan diri mengangkat bungkah siling dan dinding untuk menyelamat­kan isteri. Dalam keadaan masih kebingunga­n, saya dakap kuat tubuh isteri dan dapat mengheretn­ya keluar dari celah runtuhan itu,” katanya yang gagal menyelamat­kan walau satu pun barang berharga dari kediaman mereka.

Pesawah, Teh Omar Teh Baru, 50, yang patah dua bahagian pada kaki kanannya kerana ditimpa pintu rumah ketika cuba lari menyelamat­kan diri sebaik gempa melanda, bersyukur ajalnya belum tiba walaupun mungkin tidak mampu lagi bekerja kuat selepas ini. Suami

 ??  ??
 ??  ?? Yusanti menceritak­an detik cemas ketika gempa bumi di Pidie Jaya.
Yusanti menceritak­an detik cemas ketika gempa bumi di Pidie Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia