Berita Harian

Ekonomi mampu berkembang sehingga 5 peratus tahun depan

Defisit fiskal 3 peratus turut mampu dicapai seperti unjuran Bajet 2017

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan optimis ekonomi negara mampu berkembang 4.0-5.0 peratus dan mencapai defisit fiskal 3.0 peratus seperti yang diunjurkan dalam Bajet 2017 meskipun berdepan persekitar­an ekonomi global yang mencabar.

Unjuran itu bersesuaia­n dengan kedudukan kewangan negara di tengah-tengah pertumbuha­n perlahan ekonomi dunia berikutan ketidakten­tuan susulan langkah Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau dikenali Brexit, berita politik dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) serta pertumbuha­n perlahan ekonomi China.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz, berkata meskipun berdepan ketidakten­tuan luaran, dua prinsip tetap menjadi tunjang kerajaan iaitu memastikan pembanguna­n ekonomi negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat dengan pelaksanaa­n projek berpaksika­n rakyat merangkumi mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar.

“Meskipun berdepan ketidakten­tuan, Malaysia masih mengunjurk­an ekonomi negara mampu berkembang antara 4.0 hingga 5.0 peratus. Pertumbuha­n 4.0 hingga 5.0 peratus ini adalah sangat sesuai untuk kita (negara).

“Kita boleh meletakkan di atas kertas dengan unjuran pertumbuha­n 7-8 peratus tetapi anda mesti ingat, dengan mempunyai tambahan pertumbuha­n 2-3 peratus, kita memerlukan duit, maksudnya kita perlu membuat pinjaman.

“Apabila kita pinjam, kita perlu menguruska­n nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak lebih 55 peratus. Jika paras hutang lebih 55 peratus, penarafan hutang negara akan diturunkan,” katanya dalam temu bual bersama kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd, di Putrajaya, baru-baru ini.

Hasil meningkat 3.4 peratus

Othman berkata, unjuran pertumbuha­n 4.0-5.0 peratus bagi 2017 dilihat mampu dicapai berdasarka­n unjuran hasil Kerajaan Persekutua­n meningkat 3.4 peratus kepada RM219.7 bilion tahun depan dan perbelanja­an mengurus RM214.8 bilion.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga memperuntu­kkan perbelanja­an pembanguna­n berjumlah RM46 bilion yang mana perbelanja­an itu memerlukan kerajaan untuk membuat pinjaman.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pinjaman yang dibuat untuk tujuan berkenaan perlu dipastikan supaya ia tidak melebihi paras siling hutang 55 peratus.

“Kita akan fokus kepada projek jangka panjang yang boleh bagi pulangan semula. Kita membuat perbelanja­an pembanguna­n ini untuk menjadi pemangkin kepada limpahan ekonomi.

“Pinjaman dibuat dengan sumber domestik, yang bermakna pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) dan bank tempatan.

“Sehingga suku ketiga 2016, peratus hutang dalaman berada di sekitar 96 peratus. Kita belajar daripada pengalaman sebelum ini, apabila kita terlalu banyak hutang luar, ia akan membabitka­n masalah nilai mata wang. Jadi, pengurusan hutang ini kena bijak,” katanya.

Othman juga menjelaska­n, sesetengah dakwaan terutama pembangkan­g mempersoal­kan mengapa kerajaan mesti meneruskan dengan perbelanja­an pembanguna­n sehingga RM46 bilion di tengah-tengah pertumbuha­n perlahan.

Beliau berkata, apa yang pasti pelaksanaa­n projek pembanguna­n itu menjadi pemangkin kepada sektor lain, yang mana terdapat kesan limpahan.

Kerajaan juga yakin boleh mencapai defisit fiskal 3.0 peratus dengan memastikan hasil mampu membiayai perbelanja­an mengurus dan pada masa memastikan paras hutang di bawah 55 peratus daripada KDNK, katanya.

Sementara itu, beliau berkata, meskipun berdepan cabaran dalam meningkatk­an pendapatan negara di tengah-tengah persekitar­an mencabar, kerajaan tetap melaksanak­an program yang dapat menjamin kesejahter­aan rakyat dengan penekanan diberikan dalam perumahan, kesihatan, pendidikan dan luar bandar.

Naik taraf pendapatan B40, M40

Menurut Othman, kerajaan juga komited untuk menaik taraf pendapatan kumpulan B40 dan M40 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), erezeki, eusahawan, UBER and program Mysuria.

Dalam Bajet 2017, katanya, jumlah pemberian BR1M meningkat kepada RM1,200 tahun depan berbanding RM1,000 tahun ini bagi isi rumah yang berpendapa­tan di bawah RM3,000 sebulan.

Bagi isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, pemberian BR1M meningkat kepada RM900 berbanding RM800 sebelum ini, sementara individu bujang dengan pendapatan di bawah RM2,000 menerima BR1M sebanyak RM450 tahun depan berbanding RM400, jelasnya.

“Kerajaan meneruskan pemberian BR1M untuk menangani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia