Berita Harian

Pertukaran ketua jabatan Melaka perkasa integriti: Idris

-

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi lebih mengambil kira faktor prestasi serta amalan tadbir urus yang baik, selain selaras amalan tidak meletakkan ketua jabatan dan wakil agensi awam berkhidmat terlalu lama di bawah satu agensi.

“Jika terlalu lama di bawah satu agensi, boleh terdedah kepada rasuah. Jadi, lebih baik mencegah dengan buat pertukaran, tapi jika rombakan membabitka­n jabatan yang disiasat (SPRM), ia hanya kebetulan, tiada niat tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran sambutan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri di Kompleks SPRM Melaka di sini, semalam. Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias.

Tidak berkomprom­i

Pada majlis itu, 88 ketua jabatan dan 83 wakil agensi kerajaan hadir bagi menyertai forum ‘Melaka Bebas Rasuah’ dalam usaha membentuk modal insan sektor awam yang cekap, mahir dan berkaliber selaras slogan ‘Berkat, Tepat dan Cepat’.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berkata, Melaka tidak berkomprom­i dalam soal pelanggara­n integriti dalam usaha menjadikan negeri ini bebas rasuah.

Sementara itu, Azmi berkata, fokus SPRM Melaka tahun depan adalah bagi menangani isu berkaitan penguatkua­saan serta memburu kakitangan awam yang membuat tuntutan palsu.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Idris (dua dari kanan) sambil diperhatik­an Azmi (kanan) pada majlis pelancaran Hari Anti Rasuah Antarabang­sa Peringkat Melaka di Kompleks SPRM Melaka, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Idris (dua dari kanan) sambil diperhatik­an Azmi (kanan) pada majlis pelancaran Hari Anti Rasuah Antarabang­sa Peringkat Melaka di Kompleks SPRM Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia