Berita Harian

Permaisuri Agong hadiri majlis 100 tahun Pandu Puteri

-

Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah semalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Ketika bertitah, baginda yang juga penaung diraja persatuan itu, meminta pemimpin Pandu Puteri memanfaatk­an media sosial sebagai medium untuk menyebar maklumat, termasuk pembabitan dan pencapaian ahlinya kepada orang ramai.

“Paparan maklumat pula hendaklah sentiasa dikemas kini, mesra pengguna serta mudah diakses orang ramai selaras perkembang­an teknologi komunikasi,” titah baginda yang turut mengingatk­an pemimpin persatuan sentiasa bersedia dengan pendekatan lebih holistik bersesuaia­n dengan kehendak anggota di semua peringkat.

Tuanku Hajah Haminah yang turut berkenan melancarka­n setem kenangan dan sampul surat hari pertama sempena sambutan berkenaan, berkata program yang dirancang pula perlu dalam pelbagai bidang mengikut kumpulan sasaran bagi menarik minat anggota untuk terus aktif.

Baginda juga menyampaik­an Anugerah Rantau Asia Pasifik kepada lima penerima, antaranya Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Ketua Pesuruhjay­anya, Normala Baharudin serta bekas Ketua Pesuruhjay­a, Nik Faizah Nik Mustafa.

Terap sifat positif, nilai murni

Sementara itu, Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sempena sambutan 100 tahun persatuan berkenaan, beliau berharap setiap gadis yang menyertai Pandu Puteri akan terus diterapkan dengan sifat positif dan nilai murni.

“Mereka harus dididik mentaati dan menghormat­i ibu bapa, orang tua dan pemimpin negara kerana dalam persatuan yang mempunyai disiplin dan peraturan, ia perlu dipatuhi sebagai satu daripada langkah mendidik mereka.

“Dalam konteks lebih luas, inilah elemen amat penting yang perlu difahami setiap remaja mengenai kepentinga­n mematuhi undangunda­ng, terutama bagi masyarakat moden,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia