Berita Harian

Jauhi kawasan larangan TNB elak kemalangan

Orang awam dilarang berada di kawasan notis makluman potensi risiko

-

Sepanjang cuti persekolah­an, ibu bapa atau penjaga disaran menasihatk­an anak mereka supaya menjauhi kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, menegaskan orang awam dilarang berada di kawasan notis makluman potensi risiko kejutan elektrik dan mengelak menceroboh kawasan pencawang atau pepasangan TNB yang dipasang notis terbabit.

“Ia bagi mengelak risiko renjatan serta pancaran arka (flashover) dari arus bervoltan tinggi. Selain kecederaan serius dan kehilangan nyawa, ia juga boleh mengakibat­kan kerosakan harta benda dan gangguan bekalan kepada pengguna,” jelas Aminuddin.

Aktiviti tidak dibenarkan

Bagi kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi, katanya, antara aktiviti tidak dibenarkan adalah bermain layang-layang dan permainan helikopter atau kapal terbang kawalan jauh, membawa peralatan panjang seperti galah di bawah talian dan memancing di kolam atau tasik di bawah talian.

Beliau turut menasihatk­an ibu bapa memastikan anak mereka tidak menyentuh atau menghampir­i kabel yang terputus akibat pokok tumbang, terutama ketika hujan bagi mengelak kemungkina­n renjatan elektrik.

“Selaku syarikat yang prihatin terhadap aspek keselamata­n elektrik, TNB sering melaksanak­an kempen keselamata­n berkaitan sebagai usaha jangka panjang bagi mengurangk­an kemalangan elektrik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia