Berita Harian

Wartawan BH menang anugerah

Hargai sumbangan media buat laporan keselamata­n pekerja

- Oleh Samadi Ahmad

Wartawan BH, Wan Noor Hayati Wan Alias memenangi Anugerah Wartawan kategori media cetak pada malam Anugerah Cemerlang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2016 di sini, malam kelmarin.

Beliau menerima anugerah itu menerusi beberapa laporan mengenai keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, termasuk berita pengendali kren warga asing di tapak binaan yang tidak kompeten, membawa pulang trofi dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem.

Kemenangan ke-19

Anugerah itu yang mendapat kerjasama Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bertujuan menghargai sumbangan media dalam membuat liputan mengenai keselamata­n pekerja.

Wan Noor Hayati berkata, anugerah dimenangi itu adalah kemenangan ke-19 sejak menceburi dunia kewartawan­an pada 2008.

“Kemenangan ini juga satu penghormat­an bagi wartawan media cetak untuk terus berusaha membuat laporan khas berkualiti dan memberikan pengetahua­n kepada masyarakat,” katanya.

Pernah menang Anugerah Kajai

Beliau sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Kajai 2014, Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan, Anugerah Kewartawan­an Malaysia (2014 dan 2015), Anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) serta Anugerah Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Sementara itu pada majlis itu Richard melancarka­n Pelan Strategik Keselamata­n dan Kesihatan (KPP) 2016-2020 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengurangk­an kemalangan di tempat kerja.

“Sektor PKS juga menjadi satu sektor yang menyumbang kepada kadar kemalangan tinggi menyebabka­n kemalangan maut dan hilang upaya kekal,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Richard menyampaik­an Anugerah Wartawan kategori media cetak kepada Wan Noor Hayati pada malam Anugerah Cemerlang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2016 di Putrajaya, malam kelmarin.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Richard menyampaik­an Anugerah Wartawan kategori media cetak kepada Wan Noor Hayati pada malam Anugerah Cemerlang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2016 di Putrajaya, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia