Berita Harian

Pengerusi Lembaga Pengarah USIM terima pingat Gilbert

-

Seremban: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak dipilih untuk menerima Pingat Gilbert dari Universita­s 21.

USIM dalam kenyataan di sini, semalam, berkata anugerah berkenaan diberikan kepada Dzulkifli yang menjadi penerima pingat ketujuh setakat ini serta yang pertama dari Asia.

Pemimipin bijaksana

Pengerusi Universita­s 21 Profesor Sir David Eastwood, berkata Dzulkifli diiktiraf sebagai pemimpin yang bijaksana dan reflektif di Malaysia.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, beliau amat berbesar hati untuk menerima pengiktira­fan berkenaan yang akan diadakan pada majlis makan malam gala di Universiti Nottingham, pada 4 Mei tahun depan.

Kejayaan semua pihak

“Saya menganggap ia kejayaan untuk semua pihak yang bersamasam­a bekerja dengan penuh berani dan kolektif untuk melihat pendidikan tinggi adalah lestari bagi semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Universita­s 21 adalah rangkaian 25 universiti ternama berasaskan penyelidik­an di seluruh dunia dengan penubuhann­ya bermula di Melbourne, Australia pada 1997.

Penubuhann­ya bertujuan membina jalinan yang erat untuk menggalakk­an kerjasama dan kesetiakaw­anan, dalam kalangan ahlinya untuk mengantara­bangsa pendidikan tinggi serta menjadikan universiti masing-masing sebagai universiti global.

 ??  ?? Dzulkifli Abdul Razak
Dzulkifli Abdul Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia