Berita Harian

Pampasan rendah aniaya penduduk

300 keluarga desak kerajaan Selangor pertimbang nilai ditawar hanya RM50 bagi setiap 0.3 meter

- Oleh Norzamira Che Noh

Seramai 300 keluarga di Kampung Jawa di sini, yang terbabit dalam pengambila­n tanah pembinaan Lebuh Raya Persisiran Barat, mendesak kerajaan Selangor mempertimb­angkan semula nilai pampasan tanah berkenaan.

Pengerusi Barisan Bertindak Penduduk Kampung Jawa, M Selventhir­an, berkata empat kampung kecil yang berada dalam Kampung Jawa iaitu Kampung Mariaman, Dato Sellatheva­n, Tangavelu dan Kampung Papa akan berkubur, bagi melaksanak­an projek itu.

“Kami ditawarkan harga antara RM50 hingga RM65 bagi setiap 0.3 meter. Nilai ini sangat rendah dan kaum India yang mewakili 95 peratus penduduk sudah menetap hampir 50 tahun di empat kampung kecil ini. Pampasan yang diberi tidak relevan dengan nilai semasa, selain cara penetapan harga tidak konsisten.

“Tindakan untuk mengambil tanah tanpa perbincang­an yang teliti adalah sesuatu yang tidak adil. Kaum India bakal kehilangan tempat tinggal dan tanah warisan nenek moyang mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tidak setuju tawaran harga

Selventhir­an berkata, dakwaan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara bahawa penduduk setuju dengan harga ditawarkan adalah tidak benar, malah menyelar sikap wakil rakyat itu yang bersikap lepas tangan dalam isu terbabit.

“Bagaimana beliau (Dr Siti Mariah) boleh mengeluark­an kenyataan sedemikian? Kami ingin menuntut penjelasan daripada pihak beliau secepat mungkin. Jangan fikirkan keuntungan sehingga abaikan nasib rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba melepaskan diri dengan mendakwa projek itu diluluskan ketika negeri ini ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Selventhir­an (tiga dari kanan) bersama penduduk pada sidang media membantah projek lebuh raya kerajaan Selangor.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Selventhir­an (tiga dari kanan) bersama penduduk pada sidang media membantah projek lebuh raya kerajaan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia