Berita Harian

Sektor awam, swasta, GLC bebas rasuah tiga tahun lagi

SPRM rampas semula harta, hasil penguatkua­saan sejak Ogos lalu

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarka­n sektor perkhidmat­an awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersih dan bebas daripada rasuah dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata ketigatiga sektor berkenaan ketika ini agak kritikal kerana banyak amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Oleh itu, bagi memastikan sasaran yang digariskan ini tercapai, pihak saya mengambil pendekatan dengan merampas semula semua harta dan hasil rasuah.

Kembalikan hasil negara

“Hal ini perlu bagi memastikan hasil rasuah ini dapat dikembalik­an semula sebagai hasil negara dan secara tidak langsung melumpuhka­n punca kepada berlaku perilaku rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa yang disambut hari ini di seluruh negara bertemakan ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’. Ketua Pesuruhjay­a SPRM

Dzulkifli berkata, melalui strategi yang dirancang, tindakan operasi, penguatkua­saan memerangi rasuah dilipatgan­dakan dengan lebih agresif oleh SPRM sejak Ogos lalu.

“Kerancakan operasi penguat kuasa yang dijalankan SPRM kini memaparkan hasil luar biasa, positif dan membanggak­an.

“Hasrat SPRM untuk menjadi sebuah agensi digeruni perasuah dan mesra rakyat dilihat semakin dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, sokongan dan keinginan rakyat untuk berganding bahu bersama SPRM memerangi rasuah juga semakin bertambah dan meningkat.

“Walaupun kedengaran suarasuara sinis baru-baru ini yang begitu skeptikal dalam menidakkan sokongan rakyat terhadap usaha SPRM memerangi rasuah, saya bersama barisan pimpinan tidak akan gentar dan kekal ampuh berdepan sebarang kritikan dan cabaran,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Dzulkifli bersalaman dengan tetamu yang hadir selepas majlis perasmian Persidanga­n Hari Anti Rasuah Antarabang­sa 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Dzulkifli bersalaman dengan tetamu yang hadir selepas majlis perasmian Persidanga­n Hari Anti Rasuah Antarabang­sa 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Razali (tengah) pada sesi dialog yang turut disertai Takiyudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhan­aan Global Malaysia, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa (kiri) selaku moderator pada Dialog Rakyat ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ sempena...
Razali (tengah) pada sesi dialog yang turut disertai Takiyudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhan­aan Global Malaysia, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa (kiri) selaku moderator pada Dialog Rakyat ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ sempena...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia