Berita Harian

Tiga penculik ditembak mati

Batalion 14 PGA tumpaskan penjenayah dalam masa kurang sejam

- Oleh Suzianah Jiffar, Mohd Izham Unnip Abdullah dan Abdul Rahemang Taiming

Semporna

Bini, malam kelmarin.

Kejayaan itu dicatat Tiger Platoon daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 yang menjalanka­n Op Coral bagi membantu kawalan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sejak September lalu.

Dua penculik berjaya ditahan

Dua penculik dapat ditahan manakala dua lagi giat diburu. Seorang juragan yang diculik kira-kira jam 9 malam kelmarin turut diselamatk­an dalam tempoh kurang sejam manakala seorang masih dikesan.

Kumpulan tujuh penjenayah itu dilaporkan menghampir­i sebuah bot nelayan dinaiki seorang juragan bersama 13 anak kapal di perairan Bakapit, Lahad Datu pada jam 9 malam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata kumpulan penjenayah itu menculik juragan dan merampas telefon milik anak kapal sebelum melarikan diri memasuki perairan Semporna.

“Mereka dilaporkan menggeleda­h sebuah lagi bot nelayan berhampira­n Pulau Gaya di sini, kira-kira jam 9.30 malam dan merampas barangan makanan serta enjin sangkut.

Culik juragan bot

“Kumpulan penculik itu beredar dan menyerang sebuah lagi bot nelayan 10 minit kemudian sebelum menculik juragannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kumpulan penjenayah berkenaan dipercayai mahu terus mengganas sebaik mengesan sebuah bot tanpa menyedari ia dinaiki anggota polis pasukan Tiger Platoon.

Katanya, kehadiran bot laju dinaiki kumpulan penjenayah itu disedari anggota Tiger Platoon yang melihat kelibat seorang lelaki bersenjata berdiri di hadapan bot manakala seorang lagi di belakang memegang senjata lebih panjang.

“Seorang daripada penjenayah turut dilihat melilitkan badannya dengan peluru berantai.

Berbalas tembakan

“Menyedari ancaman, anggota Tiger Platoon menjerit ‘polis’ bagi memperkena­lkan diri dan sebaik mendengarn­ya, kumpulan penjenayah terus bertindak melepaskan tembakan.

“Kedua-dua pihak dilaporkan berbalas tembak selama seminit,” katanya sambil menambah keadaan hanya reda sebaik bot penjenayah terbabit mulai tenggelam.

Abd Rashid berkata, pemeriksaa­n lanjut polis menemui tiga mayat penjenayah terapung manakala dua daripada mereka dapat ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia