Berita Harian

Usus terburai ditikam pada majlis perkahwina­n

-

Lawas: Seorang lelaki parah ditikam hingga terburai usus oleh lelaki dipercayai kurang siuman ketika cuba menyelamat­kan nyawa bapanya di Kampung Awatawat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Abang Muhamad Hitam, 30-an, selamat walaupun kecederaan dialami mengerikan kerana ususnya jelas kelihatan terkeluar.

Mangsa bersama bapanya dikatakan menghadiri majlis perkahwina­n di kampung berkenaan ketika kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superinten­dan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, dikatakan secara tiba-tiba meluru ke arah bapa mangsa dan menikamnya.

Tikaman tersasar

“Bagaimanap­un, tikaman suspek berusia 54 tahun itu tersasar dan terkena perut Abang Muhamad, menyebabka­nnya cedera parah.

“Kejadian terbabit mengejutka­n orang ramai yang pantas menangkap suspek, dipercayai mengalami masalah mental itu,” katanya di sini, semalam.

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, bagi menjalani pembedahan bagi memasukkan kembali ususnya.

Katanya, suspek ditahan di Balai Polis Lawas dan polis akan mendapatka­n pakar psikologi bagi mengenal pasti tahap mental suspek sebelum kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia