Berita Harian

21 dulang emas lesap dalam masa dua minit

4 penjenayah bawa lari barang kemas RM1.5 juta

-

Siti Azila Alias

Sebanyak 21 dulang barang kemas dianggar bernilai RM1.5 juta lesap dalam tempoh dua minit selepas dilarikan empat penjenayah dari sebuah kedai emas dalam Plaza OUG di sini, semalam.

Dua bekerja berada di ruang pameran, manakala tiga kakitangan lelaki sedang makan di belakang kaunter ketika kejadian pada jam 12.53 tengah hari itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis menunjukka­n empat lelaki bertopi keledar bertutup penuh dan berjaket hijau meluru memasuki premis.

Tiga daripada suspek yang bersenjata­kan tukul dilihat memecahkan kaca ruang pameran barang kemas.

Seorang suspek dilihat memegang objek menyerupai pistol dan mengacukan­nya ke arah pekerja serta kawasan sekeliling sambil menunggu tiga yang lain memasukkan barang kemas ke dalam beg.

Tiada pengawal bertugas

Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata pengawal keselamata­n bertugas tiada di premis ketika kejadian dan dikatakan di hadapan sebuah kedai lain kira-kira sembilan meter dari lokasi kejadian.

“Suspek dikesan melarikan 21 dulang barang kemas sebelum melarikan diri menaiki kereta mewah jenis Mercedes berwarna hijau,” katanya di sini, semalam.

Kejadian kali kedua

Difahamkan, ia kejadian kedua membabitka­n premis sama selepas pertama kali berlaku pada 2010.

Sharul Othman berkata, siasatan di lokasi menemui sembilan kesan darah dan dua serpihan kaca yang turut mempunyai kesan darah.

“Kami sudah mendapatka­n rakaman CCTV dari kedai emas itu dan beberapa premis berhampira­n. Semua bukti akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk dianalisis,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n bersenjata.

 ??  ?? Keadaan kedai emas yang dirompak empat penjenayah di Plaza OUG, dekat Kuala Lumpur, semalam.
Keadaan kedai emas yang dirompak empat penjenayah di Plaza OUG, dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia