Berita Harian

Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak ke Parlimen

Dibentang untuk bacaan pertama, kedua sidang Dewan Rakyat, Mac ini

- Oleh Zuraidah Mohamed

Rang Undang-undang Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak akan dibentangk­an untuk bacaan pertama dan kedua pada persidanga­n Dewan Rakyat dijadualka­n Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, akta itu membolehka­n kerajaan mewujudkan mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak, sekali gus memendekka­n perbicaraa­n kes dalam tempoh setahun.

“Ketika ini, laporan polis mungkin banyak (kes jenayah seksual kanak- kanak) tetapi sabitan kes itu kurang disebabkan proses (pendakwaan) dan bahan bukti.

“Pada masa sama, tempoh pendakwaan terlalu panjang menyebabka­n mangsa mungkin malu (menukar pendirian) dan tidak mahu meneruskan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Mengenai Hak dan Isu-isu Wanita dan Kanak-kanak di Kota Tinggi, semalam.

Lulus cadangan akta

Program berkenaan anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundanga­n (ILKAP) dengan Johor menjadi lokasi ketiga penganjura­n seminar itu.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah ILKAP, Datuk Anita Harun.

Azalina berkata, Kabinet sebelum ini sudah meluluskan cadangan akta berkenaan dan drafnya sedang disediakan Pejabat Peguam Negara.

Katanya, selepas itu ia akan diserahkan semula kepada Kabinet untuk semakan sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan.

“Disebabkan mereka yang terbabit dalam jenayah ini adalah dalam kalangan keluarga atau mereka yang dikenali mangsa, situasi kes tertunggak juga akhirnya mendorong kes berkenaan tidak dapat dibicaraka­n kerana pelbagai faktor,” katanya.

Pindaan Perkara 12

Sementara itu, Azalina berkata, Kabinet bersetuju membuat pindaan terhadap Perkara 12 Perlembaga­an Persekutua­n bagi menjelaska­n definisi ‘ibu bapa’ dalam menukar agama anak mereka kepada Islam.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengelak berlaku kelonggara­n sebab tiada kepastian terhadap definisi itu.

Kelmarin, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan Enakmen Pentadbira­n Agama Islam 2016 yang membolehka­n seorang daripada ibu bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.

Langkah itu juga bertentang­an dengan cadangan di Dewan Rakyat yang hanya membenarka­n penukaran agama dilakukan secara bersama oleh ibu bapa walaupun seorang daripadany­a memeluk Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia