Berita Harian

Industri sawit tumpu jana pendapatan negara

Teknologi, inovasi bantu tentu pasaran, harga komoditi

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Sempena ulang tahun ke100 industri sawit negara tahun depan, pelbagai program dirangka bagi mengangkat martabat industri sawit negara, termasuk mengiktira­f sumbangan pekebun kecil.

Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong, berkata penanaman sawit secara komersial di negara ini bermula dalam skala kecil pada 1917, namun dalam tempoh satu abad industri sawit, khususnya sektor perladanga­n berkembang pesat.

Katanya, kini keluasan sawit negara menjangkau 5.64 juta hektar iaitu lebih 70 peratus daripada keseluruha­n kawasan pertanian negara.

“Selama 100 tahun kita tertumpu sebagai penerima harga, namun dengan kemampuan yang ada, kami harus beralih tumpuan kepada menjadi penentu harga pada masa depan.

Fokus penerima, penentu harga

“Kita perlu menumpukan fokus menjadi penerima harga di sektor huluan dan penentu harga di sektor hiliran pula. Bagi merealisas­ikan hasrat menjadi penentu harga, kemajuan sains, teknologi dan inovasi adalah kunci utama kerana pada peringkat inilah kita dapat menetapkan harga tinggi ke atas produk kita yang berkualiti premium,” katanya ketika berucap pada Malam Kecemerlan­gan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Industri Sawit 2016 di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Hamzah.

Lebih kompetitif

Siew Kiong berkata, komoditi bukan industri ‘matahari terbenam’ atau tiada masa hadapan kerana kekayaan negara pada masa depan akan ditunjangi sektor komoditi yang lebih moden, kompetitif dan mapan.

“Kerajaan sedar bidang penyelidik­an adalah asas pembanguna­n industri sawit negara dan kunci penjanaan pendapatan negara.

“Saya bangga kerana MPOB menjadi antara institusi penyelidik­an yang konsisten menghasilk­an pelbagai inovasi baharu dengan mencatatka­n kadar pengkomers­ialan tertinggi iaitu 30.4 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia