Berita Harian

Malaysia ikrar kurangkan pelepasan gas rumah hijau

-

Kuala Lumpur: Malaysia berikrar untuk mengurangk­an intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus pada 2030.

Usaha itu mampu dicapai menerusi manfaat teknologi hijau di darat, sektor penerbanga­n dan maritim.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sektor pengangkut­an menjadi tumpuan utama ke arah kelestaria­n alam sekitar pada Persidanga­n Menteri-menteri Pengangkut­an sempena Suruhanjay­a Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCAP) di Moscow, Russia, pada minggu ini.

Berdasarka­n perkembang­an pesat sektor pengangkut­an di negara ini, beliau berkata, Malaysia komited ke arah mencapai pertumbuha­n secara mampan.

“Komitmen itu selaras ikrar Malaysia secara konsisten memberi sokongan pelaksanaa­n agenda UNESCAP 2030 demi Pembanguna­n Mampan dan Matlamat Pembanguna­n Mampan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Galak penggunaan EEV

Tiong Lai berkata, di bawah Polisi Automotif Nasional 2014, kerajaan tekad mengurangk­an penggunaan tenaga dan pelepasan gas berbahaya dengan menggalakk­an penggunaan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Dalam sektor penerbanga­n pula, katanya, usaha ke arah kelestaria­n alam sekitar seiring ukuran pasaran global ditetapkan Organisasi Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO).

Katanya, ia memberi fokus penguranga­n pelepasan gas karbon dioksida kepada 40 peratus.

“Malaysia terbabit sama dalam fasa percubaan ICAO, mengimbang­kan karbon dan Skim Penguranga­n Penerbanga­n Antarabang­sa.

“Bagi sektor maritim pula, Malaysia menekankan tiga aspek, iaitu alam sekitar, pembabitan masyarakat dan kelestaria­n seperti pengurusan air, kajian kualiti minyak kapal di pelabuhan, penjimatan minyak serta tenaga.

“Menerusi Polisi Pelabuhan Hijau memastikan setiap operator lebih mesra alam, berdaya maju secara komersial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia