Berita Harian

Kraf tangan berasaskan nanas berpotensi dikomersia­l

-

Serdang: Produk kraf tangan berasaskan nanas berpotensi dikomersia­lkan sebagai produk bernilai tinggi dan unik, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, selain buahnya dibuat makanan dan minuman, daunnya boleh digunakan untuk membuat kertas dan benang serat nanas.

“Bagaimanap­un, kita perlu melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terlebih dulu bagi mencipta teknologi pembuatan untuk mengeluark­an produk terbabit, kerana selama ini produk dibuat secara manual oleh pengusaha,” katanya selepas majlis perasmian produk kraf tangan berasakan nanas di Pineapple Planet Laman Nanas sempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2016, semalam.

Projek ‘Zero Waste’

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM), Sahdan Salim berkata, industri kraf tangan berasakan nanas adalah sebahagian daripada projek ‘Zero Waste’ yang dilancarka­n kerajaan.

Katanya, selepas proses pengambila­n buah nanas, daunnya diracun dan dibakar yang mana ia mengakibat­kan pencemaran alam sekitar.

“Bagi mengatasi masalah ini, daun nanas yang tidak digunakan lagi dikisar untuk dijadikan makanan lembu dan baja organik. Kaedah itu berhasil dan sekarang kami masih mencari usahawan yang berminat untuk meneruskan proses ini.

“Antara produk kraf tangan bernilai tinggi boleh dihasilkan ialah kertas dan benang serat nanas yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat global,” katanya.

Sahdan berkata, benang serat nanas mempunyai pelbagai kegunaan bagi penghasila­n tekstil secara eksklusif seperti songket tenunan benang nanas.

“Nilai pasaran benang nanas bermula dari RM600 hingga RM1,500 bagi sehelai songket tenunan, manakala keunikan kertas nanas menjadikan­nya antara yang dieksport ke China bagi kegunaan tulisan khat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia