Berita Harian

Wayang kulit

-

Terdapat beberapa jenis wayang kulit di negara ini iaitu Wayang Kelantan, Wayang Kulit Jawa

(Purwo), Wayang Gedek (Kedah) dan Wayang Melayu. Wayang Kelantan dan wayang Gedek-siam popular di pantai Timur Semenanjun­g, manakala wayang kulit Jawa pula terkenal di Selangor dan Johor.

Wayang Kulit Melayu Kelantan kebiasaann­ya berdasarka­n Hikayat Ramayana dengan wataknya bertutur menggunaka­n loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman,

Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Ia mengetenga­hkan watak dari cerita Mahabratha dan cerita Panji dengan watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia