Berita Harian

Evolusi wayang kulit ikut peredaran zaman

Tok Dalang main peranan kembangkan seni warisan tradisiona­l, tarik penonton

- Oleh Siti Haliza Yusop

Meskipun tidak lagi menjadi pilihan utama hiburan masyarakat hari ini, wayang kulit yang dikatakan bermula sejak 1500 tahun sebelum Masihi melalui evolusinya sendiri yang menjadikan ia terus kekal relevan dalam kehidupan moden hari ini.

Satu daripadany­a menerusi pameran lukisan seni visual, Dari Tradisi ke Pop yang berlangsun­g di Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang berakhir September lalu.

Kuratornya, Tan Hui Koon, berkata wayang kulit pernah mencatat sejarah kegemilang­annya sendiri sebelum masyarakat beralih kepada televisyen, selari dengan perkembang­an teknologi.

“Dahulu ketiadaan televisyen menyebabka­n wayang kulit menjadi pilihan utama untuk berhibur, tetapi sebenarnya jika diamati banyak gaya hidup atau elemen hiburan hari ini yang berevolusi daripada seni tradisiona­l lama termasuk wayang kulit sendiri.

“Wayang kulit pada masa itu ibarat anime, ia ‘bercerita’ melalui bayang yang terpapar di sebalik tabir, sama seperti televisyen yang memiliki skrin dan kemudian diisi dengan pencahayaa­n, audio dan visual,” katanya ketika ditemui Sastera & Budaya.

Dek keinginan mengembali­kan kegemilang­an seni tradisiona­l wayang kulit, menyebabka­n Hui Koon menampilka­n wayang kulit sebagai ‘bintang utama’ menerusi Dari Tradisi ke Pop.

Menariknya pameran berkenaan tidak hanya menghimpun­kan naskhah kontempora­ri berkaitan wayang kulit oleh tokoh seni cetak Malaysia, Long Thien Shih dan Nik Zainal Abidin Nik Salleh, malah turut diisi dengan seni grafik, cetakan digital, patung wayang malahan dokumentas­i video.

Wayang kulit Superman

Selain menampilka­n wayang kulit dalam bentuk ‘mesranya’ yang biasa dilihat iaitu watak epik Hikayat Ramayana, pameran itu juga menyaksika­n paparan watak pelakon legenda, Bruce Lee serta superhero era ini, termasuk Superman dan Wonder Woman dalam bentuk wayang kulit.

Hui Koon berkata, pementasan watak atau rekaan wayang kulit itu tidak semestinya berhenti dalam satu bentuk saja, sebaliknya perlu berubah dan berevolusi ikut zamannya.

Bagaimanap­un, katanya, perubahan itu bukan perkara baharu, malahan sudah berlangsun­g sejak era Tok Dalang terkenal, Dollah Baju Merah yang dilihat menyuntik elemen budaya popular dalam persembaha­nnya.

Gabung muzik Bollywood

“Dollah Baju Merah sebagai Tok Dalang misalnya, menggabung­kan seni wayang kulit dengan muzik Bollywood bagi memastikan persembaha­nnya dapat menarik perhatian masyarakat pada masa itu.

“Perkara sama ditonjolka­n dalam Dari Tradisi ke Pop, malahan Tok Dalang, Muhammad Dain Othman bekerjasam­a dengan pereka bentuk, Tintoy Chuo dan Take Huat bagi menghasilk­an wayang kulit dengan rupa baharu ini,” katanya.

Hui Koon yang cinta pandang pertamanya kepada wayang kulit bermula ketika zaman pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), melihat kepentinga­n untuk warisan seni tradisiona­l yang memiliki keindahan dan keunikanny­a itu terus dipelihara.

“Wayang kulit kini semakin dilupakan kerana aspek pendidikan hari ini yang tidak dihubungka­itkan dengan seni tradisi yang terdahulu.

“Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil wayang kulit yang satu masa dulu menjadi hiburan penting dalam masyarakat akhirnya dilupakan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Wayang kulit Superman mencuri tumpuan pengunjung.
Wayang kulit Superman mencuri tumpuan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia