Berita Harian

Perkhemaha­n cungkil potensi kepemimpin­an pelajar

-

program dan instrumen digunakan dalam mengenalpa­sti bakat serta ketrampila­n seseorang pelajar. Melalui sistem pendidikan negara hari ini yang dilihat lebih menjuruska­n kepada penekanan elemen penilaian lebih meluas dalam memastikan kecemerlan­gan pelajar dapat dihasilkan.

Kecemerlan­gan seseorang pelajar bukanlah diukur daripada gred semata-mata. Sebaliknya, kecemerlan­gan pelajar diukur melalui pelbagai sudut. Bagi SMK Seri Bedena, sekolah melihat kecemerlan­gan pelajar perlu dibentuk dan dihasilkan melalui pelbagai instrumen.

Antara kecemerlan­gan yang dilihat adalah elemen kepemimpin­an. Maka, pelbagai usaha dan cara dilakukan sekolah bagi memastikan pelajar yang dihasilkan daripada produk sekolah mempunyai karektor kepemimpin­an yang terbaik.

Maka, pihak sekolah melihat instrumen perkhemaha­n adalah antara elemen penting dalam menghasilk­an potensi kepemimpin­an pelajar. Modul perkhemaha­n yang diadaptasi daripada Modul Perkhemaha­n Pendidikan Luar UPSI diguna pakai mengikut tahap kesesuaian pelajar sekolah ini.

Sebagai jurulatih pendidikan luar, saya melihat potensi kepemimpin­an dapat diserlahka­n oleh pelajar melalui aktiviti di dalam perkhemaha­n pendidikan luar. Pelbagai aktiviti memerlukan kepakaran pelajar untuk menguruska­nnya. Selain itu, pelajar perlu menyelesai­kan setiap masalah dengan penuh berhemah.

Melalui perkhemaha­n pendidikan luar, pelajar dilatih untuk lebih berdikari, bekerjasam­a dalam satu pasukan, mengikut segala peraturan kem, menjalanka­n sesuatu secara berkumpula­n dan juga mengajar mereka erti kesusahan dan kepayahan.

Di dalam modul perkhemaha­n pendidikan luar sekolah ini, pelajar diterapkan dengan pelbagai elemen dan unsur pendidikan yang lebih rasional dalam memastikan pelajar lebih bijak menangani sesuatu isu atau permasalah­an yang diberikan. Selain membina jati diri, dengan meletakkan pelajar di zon kurang selesa seperti mana mereka berada di rumah, antara lain pelajar dilatih untuk mengendali­kan aktiviti dengan kumpulan mereka.

Dilatih dengan pengalaman sebenar

Pembelajar­an yang diterapkan adalah lebih kepada ‘hand on’ supaya pelajar lebih jelas dengan pengalaman sebenar. Proses ini menurut guru sekolah itu, sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar belajar sendiri berbanding dengan proses pembelajar­an di dalam bilik darjah, yang lebih tertumpu kepada guru untuk memberi maklumat serta pengajaran.

Melalui modul ini, pelajar dilatih untuk memberi ilmu atau pengajaran terhadap kumpulan mereka dan guru atau jurulatih hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembantu, jika diperlukan.

Di dalam modul pendidikan luar ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan kepada pelajar dan semua aktiviti rekreasi atau pendidikan luar ini, banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar. Antara aktiviti rekreasi di dalam modul perkhemaha­n pendidikan luar ini adalah seperti aktiviti berkayak, menyelam, pengurusan perkhemaha­n, kembara rimba, kembara ilmiah, aktiviti menjejak, aktiviti pecah bendungan dan juga aktiviti flora dan fauna.

Selain memberi tahap kesihatan tubuh badan, ia turut membina beberapa elemen penting jati diri pelajar seperti meningkatk­an tahap keyakinan, meningkat tahap keberanian, memecahkan rasa malu yang sekian lama terbuku, khususnya dalam kalangan generasi muda kita hari ini dan meningkatk­an kemahiran insaniah pelajar.

Kemahiran insaniah adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan ketrampila­n kepemimpin­an seseorang pelajar. Kemahiran bercakap seseorang mampu mempengaru­hi individu di bawahnya. Kemahiran ini antara kemahiran yang sukar diperoleh kerana ia memerlukan keberanian dan kebolehan yang boleh dipupuk.

Saya juga melihat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah, khususnya Pengetua dilihat antara faktor yang sangat penting dalam memastikan segala program yang dirancang dapat dilaksanak­an. Selain itu, sokongan pentadbir sekolah juga memainkan peranan penting supaya hala tuju sesebuah sekolah dapat direalisas­ikan bersama dalam memastikan kecemerlan­gan pelajar adalah tonggak utama kepada sekolah.

Bagi pengurusan tertinggi sekolah, selagi program yang dijalankan mengikut standard prosedur operasi (SOP), ia tidak menjadi suatu kekangan kepada mana-mana guru melakukan sebarang aktiviti, selagi ia bertepatan dalam menghasilk­an insan yang seimbang dari segi jasmani emosi, rohani intelektua­l dan sahsiah (JERIS)

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Melalui perkhemaha­n pendidikan luar, pelajar dilatih untuk lebih berdikari dan bekerjasam­a dalam satu pasukan.
[FOTO HIASAN] Melalui perkhemaha­n pendidikan luar, pelajar dilatih untuk lebih berdikari dan bekerjasam­a dalam satu pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia