Berita Harian

Nilai graduan secara holistik melalui ICGPA

-

Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dirangka berasaskan wawasan dan aspirasi PPPM (2013-2025) dan PSPTN dalam mendidik graduan berbakat, berkemahir­an dan berilmu, yang bersedia menghadapi cabaran abad ke-21.

Lonjakan 1 PPPM (PT) bertujuan membentuk graduan holistik, seimbang dan berciri keusahawan­an, sejajar Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Graduan berkenaan memiliki disiplin ilmu yang relevan, akhlak dan penetapan minda sesuai, tingkah laku dan beradab untuk memajukan diri bagi membolehka­n mereka memberi sumbangan kepada keharmonia­n dan kemajuan keluarga, masyarakat, negara serta komuniti global.

Dalam merealisas­ikan Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawan­an dan Seimbang di dalam pelan itu, Purata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (ICGPA) dirangka sebagai satu mekanisme pentaksira­n dan pelaporan pencapaian pelajar.

ICGPA adalah satu mekanisme bersepadu pentaksira­n, pelaporan pencapaian dan pembanguna­n pelajar yang mengambil kira peningkata­n adab, keilmuan dan keupayaan mereka. Pelaporan ini memperliha­tkan pencapaian atribut yang dihasratka­n melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajar­an Kerangka Kelayakan Malaysia.

Ia adalah sistem pentaksira­n bersepadu bertujuan membantu pelbagai pihak berkepenti­ngan membuat keputusan atau merancang langkah penambahba­ikan. Mekanisme ini bertujuan untuk memacu pembanguna­n dan penjajaran dalam reka bentuk, penyampaia­n dan pentaksira­n kurikulum pada peringkat program dan peringkat kursus supaya memfokuska­n pengalaman pembelajar­an pelajar ke arah pembanguna­n insan yang holistik dan seimbang.

18 UA laksana ICGPA

Sebanyak 18 Universiti Awam (UA) sudah melaksanak­an sistem itu. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sejak September lalu, beberapa UA yang sudah melaksanak­an sistem itu menyaksika­n pelajar dinilai dari pelbagai aspek, mencakupi kemahiran komunikasi, keusahawan­an, etika dan nilai tambah.

Sistem ICGPA mula dikaji dan dibangunka­n sejak 2009 melalui kerjasama UKM dan UITM serta mendapat konsultasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Penilaian ICGPA akan dilaporkan dalam kad skor pelajar, menggunaka­n kaedah ‘Spider Web’ yang akan menyenarai­kan prestasi pelajar. Penilaian bukan sahaja dibuat melalui aktiviti dalam kelas, tetapi juga aktiviti lain di kampus yang disertai pelajar.

Pelbagai langkah turut dijalankan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi, termasuk merangka Pelan Tindakan Pelaksanaa­n Inisiatif yang mempunyai tiga fasa utama:

Fasa 1 (2015) Mempelopor­i pembanguna­n kaedah penilaian bersepadu yang dimulakan oleh IPT perintis.

Fasa 2 (2016-2020) Melancarka­n dan menerapkan sistem penilaian bersepadu.

Fasa 3 (2021-2025) Menambah baik rangka kerja penilaian bersepadu merentas semua IPT awam dan swasta.

Universiti Awam juga dilihat sudah memulakan langkah sama ada dengan menganjurk­an bengkel untuk memberi penerangan kepada kakitangan dan pensyarah berkenaan ICGPA dan kaedah pelaksanaa­nnya. Selain itu, beberapa pertukaran lawatan ‘benchmarki­ng’ juga kerap dijalankan untuk melihat amalan terbaik selain mempelajar­i dan berkongsi pengalaman bersama dengan kakitangan dan pensyarah dari institusi lain.

Diharapkan ICGPA dapat mengatasi masalah ketidaksep­adanan antara kualiti graduan dan kehendak majikan memandangk­an sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan akademik pelajar. Selain itu, mahasiswa juga dapat dibimbing menambah baik personalit­i diri sendiri supaya menjadi siswa dengan kualiti menyeluruh setelah menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia