Berita Harian

Rejim Bashar setuju henti serangan

PBB gembira Washington, Moscow sambung rundingan damai di Geneva

-

New York

Pkerana wujud kesedaran bahawa kemenangan menerusi ketenteraa­n bukanlah keamanan dalam erti kata sebenar kerana ia perlu diperoleh secara berasingan,” kata de Mistura selepas satu majlis tertutup dengan Majlis Keselamata­n mengenai Syria.

De Mistura berkata, beliau berharap gencatan senjata yang baru diumumkan itu akan diluluskan, sekali gus membolehka­n kira-kira 8,000 penduduk yang terkepung di bandar raya itu peluang menyelamat­kan diri.

Penduduk masih terkepung

Beliau berkata, lebih 30,000 penduduk sudah meninggalk­an bandar raya berkenaan tetapi bilangan keseluruha­n yang masih kekal di situ masih tidak diketahui.

Pegawai PBB sudah lama menyatakan lebih suku juta penduduk terkepung di timur Aleppo tetapi kini de Mistura berkata beliau ragu-ragu jumlah itu melebihi 100,000 orang.

Terdahulu, de Mistura memberitah­u wartawan beliau menjangka akan bertemu dengan anggota Kabinet presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam masa beberapa hari lagi.

“Rancangann­ya adalah untuk bertemu dengan mana-mana pegawai dalam kumpulan Trump,” kata de Mistura. Katanya, beliau menjangkak­an pertemuan itu diadakan pada Selasa atau Rabu ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Tindakan Majlis Keselamata­n ke atas Syria berulang kali dihalang oleh Russia dan diplomat Barat yang berterusan mencari jalan berikutan kuasa veto yang diperoleh sekutu Syria itu sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamata­n.

Tarik balik sekatan

Kremlin semalam bagaimanap­un berkata, keputusan AS untuk menarik balik beberapa sekatan berhubung penghantar­an senjata kepada pemberonta­k Syria adalah berisiko kerana senjata mungkin berakhir di tangan pengganas.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata kepada pemberita bahawa senario sedemikian, akan menimbulka­n ancaman kepada Asia Barat dan kepada tentera Russia di Syria. AP

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia