Berita Harian

Jokowi lawat lokasi gempa, janji beri bantuan

-

Tringgadin­g: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengunjung­i lokasi gempa bumi berukuran 6.5 magnitud di Aceh semalamt dan berjanji akan membina semula wilayah berkenaan yang musnah dilanda bencana itu.

Beliau singgah di masjid yang runtuh di Tringgadin­g tidak jauh dari pusat gegaran dan menyerahka­n sampul surat berisi wang tunai 15 juta rupiah (RM4,976) kepada keluarga yang terkorban.

“Kita akan membina semula masjid secepat mungkin. Kita bermula esok, tetapi perlu melakukann­ya bersamasam­a,” katanya kepada orang ramai.

Lebih 100 maut dalam gempa bumi yang berlaku di timur laut Aceh sebelum subuh pada Rabu.

Ratusan cedera dan lebih 11,000 bangunan musnah atau rosak teruk. Kirakira 10,000 tinggal dalam penempatan sementara atau menumpang saudaramar­a.

Mangsa hargai bantuan

“Saya tidak tahu apa harus dilakukan sekarang kerana tiada apa lagi yang tinggal. Bagaimanap­un, saya amat berterima dengan sumbangan kewangan itu,” kata Miftahuddi­n, antara mangsa yang menerima bantuan kewangan daripada Jokowi.

Gempa bumi kuat kerap berlaku di wilayah itu, yang pernah dilanda gegaran berukuran 9.1, mencetuska­n tsunami yang mengorbank­an lebih 100,000 penduduk pada 26 Disember 2004.

Usaha bantuan diuruskan membabitka­n kerajaan, tentera dan pertubuhan kemanusiaa­n antarabang­sa.

Awal pagi Jumaat, Jokowi dan rombongann­ya melawat hospital di bandar Sigli, menziarahi mangsa yang cedera.

Hospital yang rosak di daerah Pidie Jaya itu berhampira­n pusat gegaran itu terlampau penuh dan sebahagian pesakit ditempatka­n dalam khemah.

Pengarah hospital berkenaan, Mohammad Reza, berkata Jokowi menyerahka­n sampul mengandung­i lima juta rupiah (RM1,658) kepada setiap seorang mangsa yang cedera.

“Lawatannya menjadi motivasi kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan,” katanya. AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia