Berita Harian

Bakal pengantin lelaki antara maut

Tujuh ahli keluarga turut terbunuh ketika tidur

-

Pada hari perkahwina­nnya, Yusra Fitriani hanya mampu baring sambil menangis di atas katil pengantin, hari bahagia yang dinantinya dalam sekelip mata bertukar menjadi tragedi.

Pengantin muda itu masih meratapi bakal suami dan tujuh ahli keluargany­a yang maut ketika tidur, selepas gempa menggegark­an Aceh, Indonesia, kelmarin.

Pengantin lelaki, Suharnas adalah antara 100 mangsa yang terbunuh ketika gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda wilayah itu, pada waktu Subuh, Rabu lalu.

Suharnas adalah penjual jam di Meureudu, salah sebuah pekan kecil yang turut terjejas teruk dise babkan gempa terbabit.

Rumah runtuh

Ketika berita pasar Meureudu musnah sampai ke pengetahua­n bapa Yusra, Muhammad Yunus, dia bergegas untuk melihat keadaan bakal menantunya, bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Sebaik saya menghampir­i kawasan pasar, hati saya mula berdebarde­bar. Ruparupany­a rumah mereka sudah runtuh,” katanya kepada AFP.

Pasukan penyelamat mengeluark­an mayat tujuh ahli keluargany­a yang tertimbus di bawah runtuhan. Kebanyakan ahli keluarga yang lain sudah berada di Kampung Dayah Timu untuk menghadiri majlis perkahwina­n itu.

Mayat Suharnas hanya dijumpai lewat petang pada hari kejadian.

“Semuanya sudah siap, meja pengantin dan khemah dipasang untuk memuatkan 1,000 tetamu,” kata Yunus.

Tetamu yang datang majlis perkahwina­n sebaliknya membantu menyiapkan untuk majlis pengebumia­n. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia