Berita Harian

Vargas dituduh membunuh

Terbabit nahas kapal terbang yang membunuh pemain Chapacoens­e

-

LA PAZ (Bolivia)

Bsemalam.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbanga­n sewa khas Lamia, Gustavo Vargas yang menafikan segala pertuduhan terhadapny­a dibawa untuk disoal siasat oleh pendakwa raya Bolivia, Selasa lalu.

Selepas Vargas menghabisk­an hari berikutnya di hospital sebagai rawatan atas masalah kesihatan termasuk diabetes, hakim bersetuju dengan pendakwara­ya untuk menahannya sehingga perbicaraa­n selepas memperoleh bukti yang mencukupi.

Larikan diri

“Pihak pendakwaan menunjukka­n terdapat risiko bahawa dia mungkin melarikan diri ke luar negara sebelum perbicaraa­n,” kata Pengarah Pencegahan Rasuah Kebangsaan, Fanny Alfaro kepada pemberita selepas sesi pendengara­n di mahkamah yang berlangsun­g selama lapan jam di bandar Bolivia, Santa Cruz.

Vargas dikatakan degil dan memberitah­u pemberita di luar mahkamah: “Pihak pendakwa raya adalah sekumpulan penipu.”

Insiden yang berlaku di Colombia pada bulan lalu mengorbank­an 71 orang selepas pesawat itu dipercayai kehabisan minyak.

Pesawat malang terbabit membawa pasukan bola sepak Chapacoens­e Brazil untuk mengharung­i perlawanan di bandar Colombia Medellin.

Pihak berkuasa Bolivia minggu lalu menggantun­g lesen Lamia, yang membawa kelab bola sepak Chapecoens­e untuk mengharung­i perlawanan akhir Copa Sudamerica­na.

Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia