Berita Harian

Lydia Ko diminta guna jurulatih negara Kiwi

-

Wellington: Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko diminta mencari jurulatih dari negara Kiwi itu bagi membawanya kegemilang­an dalam golf selepas dia berpisah dengan jurulatih berprofil tinggi, David Leadbetter.

Pemain New Zealand yang dilantik Dewan Kemasyhura­n Golf Dunia, Bob Charles berkata pemain berusia 19 tahun itu perlu berhenti mencari “di luar persekitar­annya” dan meminta nasihat daripada bekas jurulatihn­ya, Guy Wilson.

“Tolong, tolonglah jangan kembali mencari David Leadbetter yang lain atau sesiapa saja, hanya kembali kepada Guy,” kata Charles kepada Fairfax Media.

“Hanya berbual biasa dengannya dan saya rasa dia akan lebih gembira. Tetapi lupakan usaha mencari orang lain di luar persekitar­annya.”

11 tahun Leadbetter

Pemain New Zealand itu dibimbing Wilson selama 11 tahun sebelum berpisah pada 2013 dan menyertai akademi Leadbetter, jurulatih terkenal British berpangkal­an di Amerika Syarikat.

Leadbetter mengumumka­n mereka berpisah dalam laman sesawangny­a, perubahan terbesar Ko selepas dia memecat kedi yang sudah lama berkhidmat dengannya pada Oktober.

“Ia memang sesuatu yang sukar sejak beberapa bulan lalu,” kata Leadbetter kepada Radio Sport di New Zealand.

“Ayahnya sedikit terbabit, cuba untuk mengajar beberapa teknik pukulan kepadanya... Mengubah kedi dalam tempoh kurang tiga minggu (berbaki musim ini) adalah keputusan yang gila.”

 ??  ?? Lydia Ko diminta julang New Zealand di arena golf dunia.
Lydia Ko diminta julang New Zealand di arena golf dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia