Berita Harian

Wenger janji lanjutkan kontrak Sanchez, Ozil

-

London: Alexis Sanchez dan Mesut Ozil akan mengetuai jentera serangan Arsenal ketika menentang Stoke City dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini sekali pun khabar angin membabitka­n kontrak kedua-duanya terus menguasai agenda di luar padang.

Kontrak kedua-dua tonggak Gunners itu akan berakhir pada 2018 sekali gus mewujudkan kebimbanga­n mereka akan meninggalk­an kelab itu.

Pengendali, Arsene Wenger melaungkan tekad dia tidak akan menjual mereka sehingga kontrak berakhir namun pengurus kelahiran Perancis itu tidak dapat memberi jaminan mengenai masa depan mereka di Emirates.

“Kontrak mereka masih berbaki selama 18 bulan dan mereka akan terus komited untuk memberikan yang terbaik selagi mereka berada di sini,” kata Wenger.

“Lebih daripada itu, kami akan cuba melanjutka­n kontrak mereka, namun saya tidak mahu menjadikan ia subjek kepada setiap sidang media kerana ia adalah perkara yang normal. Lebih kurang kamu bercakap mengenainy­a adalah lebih baik.”

Stoke pasukan panas

Sanchez, 27 dan Ozil, 28 menjadi nadi kebangkita­n Arsenal yang ketika ini mendaki ke tangga kedua liga selain mengesahka­n tempat ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara selaku juara kumpulan.

“Mereka amat penting bagi kami. Kamu tidak boleh bercakap banyak mengenainy­a namun apa yang paling penting ialah apa yang mereka lakukan di atas padang. Komitmen mereka langsung tidak diragui.”

Pertembung­an dengan Stoke sentiasa dianggap satu daripada perlawanan paling ‘panas’ buat Gunners selepas kapten Potters, Ryan Shawcross mematahkan kaki Aaron Ramsey pada 2010.

Wenger juga beberapa kali tampak kurang gembira dengan rakan sejawatnya, Mark Hughes yang menggambar­kan keputusan seri 0-0 ketika kedua-duanya bertemu pada Januari lalu sebagai “pertembung­an gaya lama Stoke.”

 ??  ?? Sanchez (kanan), Ozil sandaran Arsenal musim ini.
Sanchez (kanan), Ozil sandaran Arsenal musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia